Tuesday 29 October 2013

KeLuarGe AngKatQ..


Salam semue..Aku doakan korang sentiaselah ye dalam keadaan yang sihat sejahtera..kalau ade yang tak berape nak sihat tu,sabar sikit..insyaallah sakit tu akan menjadi penghapusan dosa buat korang..amin..
Post kali ni aku nak ceritakan tentang keluarge angkat aku di Frankfurt ni..Namanya Zahrah..warganegara jerman..orangnya baik sangat..lagi bestnye Zahrah ni dah lame hidup berpoligami..madunye jugak org jerman,namanya Iman..mereka masing2 ade sejarah atau cerita macam mane boleh berminat menukar agama asalnya kepada agama Islam..Hidayah tu kan milik Tuhan...Khusyuk betul bila mendengar cerita mereka..dengan rintangan dari ahli keluarge sendri..sedihkan,ade ahli keluarge sendri yang masih kafir..(sub..sub..isk.)
 Zahrah sekeluarga rajin melayan kami....bawa kami jalan2..makan2..dah anggap mcm keluarge sendiri pulak..lepaslah rindu pada keluarge sendiri kat malaysia nun...hehe....

emmm....sedih pulak nak berpisah...huhu...tapi dah adat org berjuang kan...insyaalah ade mase nanti kita jumpa lagi! amennn.....jumpa mak mentue! kuangkuangkuang...

Sunday 20 October 2013

Aku diLeMa..

hmm..aku baru sahaja selesai program skype bersama Tuan Nasir dalam Rangkaian Eropah..Waahh..teruje sungguh bila mendengarkan berita berita di sampaikan dari mereka..(Turki,Paris,London,Manchester dan Frankfurt) Benarlah kata Rasulullah bahawa Islam pasti menang..secara tak langsung ianya membakar semangat aku yang kian mengendur ini..Ya Allah,bila terkenangkan balik zaman Rasulullah dan Para sahabat dahulu,mereka sanggup bermati matian untuk Islam..kerana jasa mereka mereka itulah Islam itu sampai kepada aku hari ini..Malu sungguh bila mengenangkan balik perangai aku yang lemah berjuang ni..huhuuhuuhuu
Berbalik kepada title post aku kali ni..aku dilema,hmmm....separuh hati nak balik Malaysia..Uwarghhh....separuh hati lagi nak sambung musafir sebagai seorang kelana...Istanbul aku datang!!....ape ape pon..aku kene tunggu hujung bulan ni...apa keputusannye..Ya Allah!! bantulah aku.....!

Friday 18 October 2013

XPDC @Frankfurt

Hari ini terasa sungguh sejuk berbanding biasa..suhu 7c..ditambah dengan hujan yang kerap turun sejak 2 hari ini..bertambah tambah lah sejuk dibuatnya..huhu.Bila dah sejuk begini makanye berlapis lapislah baju yang dipakai..kuranglah sedikit sejuknye.Bulan ni merupakan bulan yang terakhir untuk aku berada di Frankfurt ini..hujung bulan ni genaplah 3 bulan aku dieropah ni..Selepas itu aku tidak tahu kemana aku akan berada,mungkin akan menyambung berkelana kenegara yang lain atau pulang ketanah air yang cukup aku rindukan.....hmm..aku tiada topik pon sebenarnya nak dikongsikan..dah lame hilang mood menaip..sO aku just nak share gambar aku yang terbaru..kitorang pergi xpdc dibandar tertua di  Frankfurt...





Thursday 12 September 2013

BuaT TeManKu AtiQah..

Salam semua..hari ni 12hb September..hari yang aku paling teruje,sedih,gembira dan macam2 lagi perasaan yg ade dalam hati aku ni..mane taknye member kamceng aku Atiqah Zainuddin selamat diijabkabulkan dengan pasangannye Tuan Azri..Tahniah! tapi sedihnye kami tak ade..huawawa..aku hanya dapat melihat dia menikah melalui live streaming..mekasih banyak buat saudare Afdhol yang susah payah menyetupkan live stream tuu..(selambe je aku memelayukan bahase inggeris)...
Rasa macam nak nangis je..dah lah suasana di Frankfurt di waktu akad nikah tu dijalankan hujan turun dengan lebatnyer..memang betul2 tradis..alahai hati...Buat temanku Atiqah Selamat pengantin baru ye..moge dapat menjadi serikandi dan bidadari buat Suamimu...insyaallah doa akan sentiase aku panjatkan buat dikau..cehh..sastera sungguh! hadiah kau aku bagi bile jumpe kat Malaysia nanti ye.....heehehe

Tuesday 30 July 2013

gUd byE UK..

fuh..perjalanan hari ini sungguh meletihkan aku,hahaha,bukan aku yang drive pon..tapi penat die over betol..perjalanan dari manchester ke london dengan menaiki bas mengambil masa selama 5 jam..hmm,ditambah tambah dengan puasa lagi,perut kami semua kembung..hehe,itulah cabaran untuk orang yang berpuasa,moga ade nilaian disisi Tuhan..aminn
Sepanjang 5 jam aku duduk di kerusi bas National Express..memang boleh naik kematu punggung aku..kesian dengan ibu normah yang duduk disebelah aku..pasti lagi lagi lah penat ye dak..hari ni hari terakhir kami bersama2 di UK ni..sebabnya esok Ibu Normah dan Nusaibah atau lebih mesra dipanggil Sebah akan pulang ketanah air tercinta..\Oh Malaysia..rindunya..huawawaawaa..
Dan kelusaan harinya giliran aku pulak keluar dari UK..insyaallah destinasi aku ke Paris..Boujour Paris! Rasa macam baru seminggu dua aku berada di UK ni..macam2 dah aku lalui..pahit manis..emm,kalau diingat balik,mesti orang akan tegur..weyy..asal senyum sorang2 tu..huhu..Namun begitulah kita yang berada dalam perjuangan ini..pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lazim hidupan yang harus ditempuh.Sedih pastilah ada..entah bila akan bertemu lagi..dengar2 sorang dah ke Jepun,sorang dah ke Dubai...Pakistan,india..kalau india tu aku taulah,destinasi favourite Zinnirah Maarof..fames dia hari ni,baca berita untuk United Kingdom..fuh,atas dasar nama pun dah cukup gah..moga berlakulah seperti apa yang Tuhan nak..ditangan kami remaja2 Islam yg bercita2 nak jadi Pembela Allah dan Rasul..amin!!

Wednesday 17 July 2013

sENYuM sImPuL

10 PERKARA TENTANG AWAK.

1. awak sedang baca text ini.

2. awak adalah manusia.

3. awak tak dapat sebut huruf "P'' kalau bibir awak tidak bersentuh...

4. awak baru saja try buat.

6.awak ketawa sendiri.

7.awak senyum dan perasan no5 tak ada.

8. awak pun cek kalau ada no 5.

9. awak ketawa sendiri sambil tersenyum.

10. awak mahu share text ini supaya orang lain pun  terkena.awak awak awak 
awak awak
awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak

11. awak  memang malas untuk baca semua perkataan diatas.

12. awak tak perasan saya tulis awek.

13. awak pon terus cari perkataan awek,sebenarnya tak de pon..hehe

14. awak sudah terkena!!

15. awak sharelah supaya kawan kawan awak pun terkena sekali..tak kan awak nak terkena seorang je..

hehehehee...jangan marah ye! 

RaMadHan DataNg Lagi..

assalamuailaikum semue! Aku harap korang yang sedang membaca blog aku nih sihat sihat belake hendaknye..moge rahmat dan kasih sayang Tuhan melimpahi korang semua..amin!
Hari ni adelah hari yang ke 10 ramadan..dan genap sebulan aku di manchester..2 tahun sudah aku sempat direzkikan berpuasa di eropah jugak iaitu di france,Bohain..puasa di musim panas,aku rasa nak nangis je bila memikirkan yang akan melalui suasana itu sekali lagi..huawawaa! mana tak nya puasa 19 jam..Bila musim panas,secara langsungnya siang akan menjadi lebih panjang dan malam akan menjadi lebih pendek berbanding waktu kita di Malaysia.Jadi rutin harian aku akan bangun seawal 2 pagi kerana sejam kemudian akan masuknye waktu Subuh..jeng..jeng..jam 3 ye kekawan subuh disini..dan waktu berbukanya ialah pada jam 9.45 malam..fikir2kanlah..:))
Semasa aku di France dulu,di keranakan masih dalam pencarian Cafe,kitorang akan mengisi masa lapang dengan shooting bahan untuk TVRSA..dan waktu itu sempatlah siap satu sajak..tu pun adalah berkat kesungguhan Ibu Fatim AR dan teamnye..Kalau aku tengok balik sajak tu pasti akan gelak beguling-guling...hehehe.Jadi begitulah kitorang mengisi masa siang yang panjang..tapi berbeza pula kali ini,
Jemaah RSA sudah begitu meriah dieropah,dan GISB telah bertapak di Manchester yang terletak di Eccles..Cafe disini agak besar berbanding di London,dan boleh memuatkan 200 org serentak,insyaallah.Dan kami telah mengadakan buffet di sepanjang Ramadhan.Boleh dikatakan agak sibuk disebelah siangnya..Namun setiap tempat di mane para pejuang RSA  berada pasti diuji,macam kami disini,kadang2 pelanggan ade,ramai tak terhandle,kdg2 tak nampak batang hidung pun..biaselah tu Abuya nak bagi rasa cemas ye dok..RSA mahukan hati yang sentiasa merintih,mengharap..huhu..
 Jadi buat korang yang baca blog aku ni,jangan segan2 nak mai bukak puase disini..jemput jemputlah meriah kan Cafe Abuya sini..jOm!! hehehheee....

Wednesday 19 June 2013

BertEmu Dan bErpiSah aDat PerjuanGan

hari ni sudah masuk hari ke dua aku berade di Manchester...5 jam dari Kota London yang sesak..Manchester bolehlah dikatakan agak tenang berbanding London.namun disudut hati aku yang paling dalam aku tetap rindukan London,..cehh,,tak payah nak feeling2 sangat lah! emm..3 hari lepas Cafe NML dan Cafe NMM{manchester} telah bergabung untuk menjayakan Expo makanan halal Global Exhibition yang berlangsung di Balham..dalam 40minit dari Greenwich.Semua warga GISB yang berade di Manchester turun..walaupun telah melalui pelbagai rintangan,tapi dihujungnye tetaplah datang!! Alhamdulillah gerai NurMuhammad mendapat sambutan yang baik..ramai jugak orang eropah ni sudah pandai makan makanan asia.Nampak mereka suka betul dengan satay,popia,karipap..Mane taknye,gerai lain semua jual makanan yang tertutup,tiba tiba orang malaysia dok tebar roti canai depan mereka,suka lah diorang..beratur nak membeli..tak tekojar eden..huh!
Pada sebelah petangnya pulak,kita terlibat dalam Malaysia food demostration..pertunjukan makanan Malaysia..bab ni pon dah satu cite..tapi dengan berkat RSA,smuanye berjalan dengan lancar..huuhu..Aku masak nasi gorang udang sambil diterangkan oleh Kak su..konon rancang nak buat api menjulang naik akibat percikan air campur minyak mcm biase kat kedai2 mamak selalu buat..tapi hampeh! tak berlaku seperti yang dirancang..yelah,kite rancang2,tetaplah Tuhan yang menentukan,macam di Malaysia,sedih jugak aku dengar,dah rancang macam2 untuk buat expo,tapi last minit cancel,adelah tu maksud Tuhan,takde sia2 Tuhan bertindak,pasti ade hikmahnye! cewwah!!..lewat petang tu kami dah boleh pulang..memang penat! satu hari tak rehat..balik tu apalagi..semua terus pitam..
Dan selepas tu berlakulah pertukaran,aku ngan Zin..sO,sekarang aku di Manchester! jadi ape2 hal lepas ni,aku akan update citer yang berlaku di sini plak..Bagaimane Islam terus berkembang dan terus menang dibumi eropah ini..Rezkikan aku Tuhan menjadi Khaulah Al Azwar yang ke2 diakhir zaman ini..Aminn!! Jap lagi kene oter balik sambal nasi lemak ngan kuah kacang asigment dari Zin,hampeh punye kawan..

Saturday 8 June 2013

tiTtUp with kak Azi n tHe gEng!

2 hari yg lepas aku ngan kawan2 di ajak oleh kak Azi salah seorang pelanggan tetap Cafe NML utk join   menjayakan Malaysian Night dibawah program charity..emm,nama macam gempak,so aku pun memang nak tengok jugak macam mane orang2 Malaysia yang tinggal di London ni bergaul dengan masyarakat..tapi Kak Azi ni memang ramah orangnya..jadi tak hairanlah aku  bila dia dapat menggunakan dapur Kantin di bangunan Charity tu selama 2 tahun..Kak Azi banyak membantu dalam menjalankan operasi CNML..sO,malam tu kitorang pergilah ke Bromley by bow salah satu name tempat di London ni..pergi pakai tube je..senang! start dari pukul 5 hingge pukul 9 malam..aku diminta tolong masak untuk pelanggan..care kak Azi aku tengok,memang simple gile! boleh cakap lah macam main masak2..Bagi aku mudahlah berbanding Cafe NML..cuma dari segi hidangan tidaklah bbrape memuaskan,mcm tak berbaloi dgn harge pun ade gak..Aku diajar oleh Abuya untuk niat kita bukan nak berniage tapi nak berkhidmat dengan orang..jadi kalau masak tu,memang aku tak pernah berkira dalam meletakkan bahan2..kita boleh niat sedekah sekaligus..dan aku raselah bukan aku sorang je kot yang buat mcm tu..ramai lagi warge GISB yg sama fahaman macam aku..hehe :)
jadi malam tu aku dapatlah bergaul dengan staff kak Azi yang agak gile2 and sporting..samelah macam kak Azi jugak! seronok....dan penat!
ape pun aku sangat mendoakan orang yang banyak membantu perjalanan Cafe NML dirahmati dan diberkati Tuhan..Ameeennn

Tuesday 4 June 2013

emm..dah lama aku tak update citer kat blog nih..nak kate buzy, kecil laa..macam2 yang berlaku sampai rase macam tak menyempat jer nak tulis..Cafe NML baru je didatangi Council Kebersihan London..depa datang cek kebersihan kafe..alhamdulillah,dari sudut kebersihan memang kita jage cuma ade sikit2 yang terlepas pandang..tapi bila nak masuk musim panas ni,binatang bawah tanah pun sibuk nak berjemur bawah matahari..masing2 pakat keluar..terutamanye Cik Ti (tikus laa..!) Kalau org council tu ternampak cik ti bersiar-siar kat cafe, mereka boleh keluarkan waran untuk tutup kafe kita serta merta..fuh~ alhamdulillah cafe kita tak lah seteruk tuu..Insyaallah..kami yang beberapa kerat ni akan cuba menjage dan mempertahankan premis Abuya yang ada di London ni..huhuu..Amin~
macam masuk dalam perut ibu
Minggu lepas aku dan kawan2 direzekikan melawati sebuah muzium yang terletak di queensberry..iaitu Natural History Muzium yang menempatkan sejarah awal hidupan yang ada dibumi ini..contohnya dinosour,burung,serangga,haiwan karnivor,herbivor,omnivor,bumi,planet,buruj,bulan,air,angin,tanah....dan kejadian manusia sendiri..mengikut kepercayaan Charles Darwin seorang tokoh Yahudi yang dengan ilmu teorinya itu mengatakan manusia itu berasal daripada beruk ??!!..(dia sorg je kot keturunan beruk..!) Bila aku masuk je muzium ni,sumpah macam mengimbau kenangan aku masuk Petro sains masa kat malaysia dulu..teruje kot! hahaha..Hari tu pulak memang ramai orang yg datang ke muzium tu..hari cuti kot,aku tak pasti..memang berduyun2..padat!
masuk2 je dah de replika dinasour besar
begambar depan ikan paus biru
rusa gergasi

burung unta..besar dia macam unta! haha
balik tu memang penat giler..sebab muzium ni besar..seluruh sejarah hidupan diceritakan..tapi semuanya LANGSUNG tidak dikaitkan dengan PenciptaNya..Hebatnya TUHAN yang menciptakan alam ini..semuanya dikeranakan nama NURMUHAMMAD..! Last sekali kitorang gi tempat dinosour yang paling seram! Trex...kreatif depa,buat trex tu seakan2 hidup,bergerak2..nak masuk dalam kawasan tu pun kene beratur panjang! jem teruk...tapi suara trex tu dri jauh dah dengar,budak2 kecik ramai nangis sebab ketakutan..
ada mcm wajah org takut x? hehe
kemudian sebelim balik tu aku dan kawan2 terjumpa dengan sorang mak cik ni..korang tengok gambar kat belakang tu,dia berpakaian seolah2 seperti Mary Anning salah seorg orang yang menjumpai fosil2 yang sudah beratus2 abad yang lepas..Mary Anni tu hidup masa tahun 1842 dulu..yg tu menyamar je..dia menceritakan serba sedikit tentang fosil..huhu,macam real!
memang best lah! Aku terlalu kagum dengan ciptaan Tuhan yang begitu unik.AllahuAkhbar..aku dah tak terkata...hehehe

Friday 24 May 2013

SatU kEjadiaN

Entah kenape cuace hari terlalu sejuk berbanding biase..kalau nak ikut logik akallah patutnye dah panas! Sebab dah nak masuk musim panas..tapi pencaturan Tuhan berlaku sebaliknye..suhu hari ni mungkin 1c-3c darjah celcius..argghhh...aircond yang tak boleh nak di slowkan..huhuu
Semalam petang aku dan kawan kawan dikejutkan dengan berita yang berlaku di Woolwich,London.Berita pembunuhan seorang askar Britain..yang membunuh tu pulak orang kulit hitam berasal dari Nigeria..Beragama Islam pulak tu..haishh,sedih betul! Ditayang tajuk besar berite tu pulak,Si Pembunuh menjerit AllahuAkhbar semase sedang membunuh! Sah2 negare Yahudi,ape sahaja akan dilakukan agar Islam teruslah dianggap Militin dan ganas!.. lepas dia membunuh tu,sempat berlegar2 dengan tangan yang masih berdarah dan memegang pisau pemotong daging...eeii,macam tak de perasaan je dah bunuh orang..dan dikatakan sebab dia bunuh askar tu sebab diorang (askar2) setiap hari membunh orang Islam..Wallahu'alam..Pastu dengar2 pulak,sebahagian dari rakyat London ni buat tunjuk perasaan..bakar masjid,acu parang kat orang Islam..ganggu org Islam yang lalu lalang..Aduhh! memang sangat mencemaskan! Apa lagi,malam tu kami sama2,berkumpulan..tak pernah pernah pulak selama ni jalan sekelompok..biasenye sorang akan selang satu meter..sape paling laju,die sampai rumah dulu..hahaha
Pembunuh yg bernama micheal berbangsa Nigeria
Sampai je rumah aku terus carik berita ni kat Youtube..nak tau jugaklah cerita sebenarnye..Kalau korang nak tau,Woolwich bukan jauh pun dari rumah tamu di London ni..tak sampai setengah jam pun..dan tiap kali balik malam tu,memang akan terserempaklah dengan mat-mat hitam dan mat-mat putih..yang lagak macam samseng atau budak jahat! Name pun London kan..mestilah pusat segale kejahatan berlaku disini....yang kecik umur dalam lingkungan 10 tahun pun nak bajet jahat! Tak rase pelempang aku lagi tu! Nanti cakap aku militan pulak! Lalu je depan Cafe NML depa kan tepuk cermin kace yang kuat..buat bising depan Cafe...ade jugak yang tunjuk punggung kat kami..Uuuwweerrrkkkk.....ish..ish..ish..memang cukup kurang ajar,kurang asam,kurang penampar...Tuhan selamatkan lah kami dan mereka juga..
Pasukan yang buat tunuj perasaan rentetan askar yang dibunuh..
korang kalau nak tahu berita yang lebih lanjut carilah kat youtube ye...

Wednesday 22 May 2013

KuE LayEr kuu..

haa..ok2..insyaallah..usai berbual aku pun  meletakkan telefon bimbit...hmmm...ade pelanggan tetap Cafe NML baru jer order 50 set karipap dan satu loyang kueh lapis..karipap tahan lagi,memang Kak Azi tu dah selalu sangat ambil order karipap frozen ngan kita..tapi bab kueh lapis ni cemas! Last aku buat kuih lapis ni mase zaman mude2 aku dahulu..(mude sketla dri skg..hehe)waktu aku belajar di bukit bintang..tu pOn tak silap aku sekali je aku pernah buat..tapi dah terlanjur berjanji kenalah buat jugakkan..mase amek order tu tak fikir pulak kan..confident terlebih!! ok..sekarang aku nak share kan cite aku ngan korang..bagaimane care membuat kuih lapis di LONDON!! jangan bayang yg best2 dulu..almaklumlah London kan..bak kate Ibu Khaulah dlm blognye di eropah ni adalah lebih susah berbanding yang lain..tanyelah pade siape yang dah pernah kesini...pasti serik nak datang lagi! Ok..dalam resepi Ibu Hajirah ni die agak unik sikit sebab menggabungkan 3 jenis tepung iaitu Tepung gandum,tepung kanji dan tepung beras..ade sukatannye nanti akhir cite aku tuliskan resepi yang lengkap ye..
ok..setelah disukat ketige2 tepung ni aku pun gaul lah rate beserta air,santan,gula..kalau nak lebih cantik adunan boleh gunakan blender...tapi aku malas,kacau je gune wist..kacau sampai hilang beketulnye.
Kemudian boleh lah dibahagikan kepade 3 bekas yang berasingan..Pastu korang letaklah warne yang korang rase cantik dan menarik..
Aku pilih warna pink dan hijau..manakala putih tu sebagai basicnye..ade org letak kuning..tiade paksaan dalam membuat..ngeee~asalkan kreatif,ye dok??
Bila dah siap..dah bole kukus..Bab kukus ni aku geli hati sket..terlalu unik! Korang bolehlah tiru kalau terdesak..Aku rase anak2 dalam jemaah ni memang terlalu kreatif kot..kat jerash lagi lah mcm2 teknik yang aku pernah tengok! belajar dari kehidupan..ingat asalkan kreatif..huhu
Tara!!! aku gune periuk biase je..letakkan mangkuk kaca didalam sbgai tapak dia,pastu tindihkan dengan loyang tadi...air jgn banyak,takut menggelegak terkena kuih...tuang bancuhan sesenduk demi sesenduk..setiap 3 minit..bawah perik tu aku letakan kain supaye air wap die tak menitik kena kuih...ok..layer yang last kite biarkan die kukus untuk 25minit...da siap!!
ok..rase pun ummpphh~ makan kuih lapis di London memang mengiurkan! Org putih pun suke dgn kuih ni..colourful! Ok..mcm yang aku janjikan,aku nak share ngan korang resepinye..selamat mencube!!

KUIH LAPIS
250gm Tepung gandum
65gm Tepung Kanji/tepung ubi
65gm Tepung beras
300gm gula halus
2 packet santan serbuk
1/2 sudu teh garam
800gm air 

Monday 13 May 2013

Ce teka..

Nak tergelak aku bile dengar teka teki ni..orang yang menceritakan ni pun pandai berjenaka..siap dengan gaya2 lagi tu..tak kering gusi kami dibuatnya..katenye teka teki ni Abuya yang soal pade depa waktu zaman Arqam lagi,Abuya memang lah sarat dengan ilmu dan hikmah,dalam bergurau pun tak ketinggalan ilmu yang nak disampaikannya..soalannya macam ni..dalam banyak2 bahagian ayam,bahagian mane yang sedap dia tak hilang dan tak habis habis...haaa.pelik kan?? jenuh aku dan kawan2 berfikir..ade yang jawab tongkeng,sebab Abuya kan gemarkan tongkeng..ade yang jawab kepak..kakilah..ade jugak yang jawab paruh ayam (itu aku tak tau tang mana yang sedap tuu)...tapi jawapannye semua bukan! buntu!
Ape erk...fikir punye fikir akhirnya....kami pun diberikan jawapan...laaaaa...kelaka giler! korang nak tau ke ape die...senang jer ni...
jawapanye ialah bulu ayam...kenape? Sebab kalau gatal,garu pakai bulu ayam kan sedapp...dan tak kan berkurangan pun bulu tuu...hahahaahahahha.....
# jangan rase terkena tauu..#

Sunday 12 May 2013

cObaan..

Pagi ni bb aku bertalu2 bunyi tak henti henti...blackberry biaselah,grouplah yang paling aktifnye.Meriah dengan gambar Bonda Wasilah sudah sampai di Malaysia..arghh beruntungnye Malaysia waktu ni..rase macam nak terbang balik je sekarang,nak menyaksikan bumi tanah tumpahnye darahku di limpahi barakah beliau..moge mengalirlah juga dieropah ni..tak ade ke yang baru balik dari Haramain tu nak mai eropah? kesian kami..hehehee(gurau je..)
Hari ni aku,tiqah dan iman sepakat tak nak tidur pagi..biasenye kami akan rehat sebentar bila habis je waktu syuruk sebelum kecafe,korang tau jelah kan,subuh sini ganas macam mane kan..jadi bila tak rehat tu macam2 lah aktivitinyer..contohnye hari ni kami shooting drama yang sedang dalam perancangan disiapkan..aku dan kawan2 bukanlah dikalangan orang yang berbakat atau 'terer' bahagian2 ni..lagi2 editing..boleh pecah kepale nak ngadap berjam2..sebab tu aku boleh tabik lah dengan orang yang pakar bidang nih! Namun kami ingin mengambil sedikit saham dalam menjayakan TVNM..itupun kalau lulus laa..hahaha!
Nak shooting satu part yang satu due minit je,tapi nak dapatkan satu dua minit tu kene tempoh 20minit..bayangkanlahhhhh...
adjust jangan tak adjust!

Kalau korang ade idea yang nak share ngan kami boleh jugak dialu2kan...

Thursday 9 May 2013

BuNga BerBunGa DiMusim BunGa

Terkejut aku bile kak nira bagitau Sy Harun tolong 'mempromosi' blog aku secare percume pagi tadi..terus meningkat naik dua kali ganda page views..Terime kasih lah byk buat Sy Harun sudi mempromosikan blog aku,susah susah jer..hehe!
Hari ini cuace di London kembali sejuk..matahari tetaplah tinggi terpacak..terik,tapi panasnya tak sampai kemane..angin sejuk bertiup dengan ganas..Troli yang biasa aku gunakan untuk ke pasar pun kalau dilepaskan dari pegangan akan bergerak laju dengan sendiri..masa aku menaip ni kawan kawan yang lain dah lena diulit mimpi..aku je yang masih mengadap skrin lattop ni dan terus menekan petak2 kecil yang bertulis huruf huruf abjad..jam dah menunjukan pukul 10.45 malam..tapi aku macam berlagak seolah2 subuh nanti jam 6..Kalau korang nak tau,subuh kami jam 3.35 pagi..isyaknya jam 9.40 malam..hehe..ganas tak waktu die? tunggulah bulan puasa nanti..subuh pukul 3.30 maghrib pukul 9.30 malam..aku dah lalu waktu di Perancis 2 tahun lepas..tutup mate nak ingat balik..
Hari ni aku sempat bergambar dengan satu taman bunga..cantik2 dah bunga yang tumbuh..sepanjang jalan dirumput2 akan tumbuh bunga liar warna kuning..tumbuh tanpa perlu ditanam..hebat Tuhan kan..kan..mestilah!
oklah..mate pun aku dah semakin kuyu ni..sO selamat malam..massalamahhh

Wednesday 8 May 2013

Pak cik yang renyah..!

hmm..rindu betul dengan blog aku nih! Dah hampir seminggu aku tak update cite kan..hehhee..baru jer seminggu,yelah semangat berblog masih membare orang kata..kenape? hmm..semenjak cik zila dan Ibu Siah sampai dari frankfurt,jualan meningkat..faktor keberkatan orang Abuya datang..makanya(lenggok ibu normah) aku pun turut sibuk..balik rumah je dah nak pukul 11 malam,sO sekadar mampu menjeling jelah kat lat top ni..
Ok! Posting aku kali ni aku nak share ngan korang pasal salah seorang tetamu yang datang ke Cafe NML.Setiap tetamu yang datang ke Premis Abuya diLondon ini pasti mempunyai niat2 tertentu..ade yang tujuannye memang nak makan..ada yang datang nak minta makanan percuma..ada yang nak bersembang..ade yang berurus niage..ade jugak datang nak carik bini!!!! BETUL....! Kisahnye macam ni..sejak aku berade dieropah ni,tak pernah aku dengar lagi orang cakap tak suke dengan rakyat Malaysia..semuanye suke! baikla..lemah lembutlaa...sopan santun laa...yang tu betul lah kan,,kan,,tapi yang peliknye depa cakap aku yang lembut?hahaha..memang aku tergelak teruk kalau teringat..kalau depa kenal lah perangai aku yang sebenar..fUh..mesti tobat tak sudah tu..huhu..tak caye tanye Zin Maarof..die selalu ckp.."aku kenal kO lah Kir.."...(melencong jauh jap..hahaha).Hasil dari itu mereka pun bercite2lah nak beristerikan orang Malaysia..Bab ni aku boleh hilang sabar..mane taknye,ingat kawen tu mcm masak nasi ke? Lagi dorang tambah semangat bile kite cerita tentang OWC(obedient wife club)..boleh mintak kite carikan pula tuu..ade ke sepupu2,adik beradik aku yang boleh dikenenkan dengannye..terbayang wajah garang pikah adik aku kalau dengar cite nih..hahaha..Boleh naik migrain aku ni..Dengan muke yang manis,aku pun cakap dengan Si Pak Cik renyah tu..U can go to Malaysia and find it yourself..perghhh..kalO masih tak faham tu aku tak tahu laahh...Tikah pun ade tambah juga..kami bukan agensi mencari jodoh..cuma OWC boleh bantu bahagian nasihat..aku harap Pak cik tu fahamlaaa..kalau tak tak tahu lahh.hah!..itulah salah satu kisah aku dan kawan2 disini...tak larat nak menghadapi orang2 yang berwatak begini..Bile Pak Cik2 yang berwatak begini datang je kat cafe,kami semue pakat2 kate dah kawen..hahaha,elak punye pasal!..Seram dohhh...Oklah kan? untuk keselamatan jugak..Oklah,sampai sini jer yang aku nak kongsikan ngan korang..nanti aku update lagi ok! jangan lah jemu bace tau..huuhuu..jap lagi nak ke hyde park,,shooting2 islam!..

Friday 3 May 2013

Tak Balik mengundi Keee...

Bahang PRU13 semakin terase..debarannya kian memuncak..tinggal beberape hari saja lagi..masing2 sibuk berkempen mewakili partinya sendiri..Umno berkempen dgn caranya..Pas juga berkempen dengan caranya sendiri..diwaktu ini masing2 saling melondehkan pihak pembangkang mahupun kerajaan..seolah2 janji aku menang walaupun dgn taktik yang kotor sebegitu..rakyat menjadi semakin hilang kepercayaan dengan kerajaan yang bakal memerintah! Aku yang duduk di London ketika ini pun turut merasai 'bahangnya'..pernah ade pelanggan yang datang kerestoran Cafe NML ini bertanya kat aku..ehh u tak balik mengundi ke(orang cina..almaklumlah bahasanye)..Aku mencebik..huh! tak nak undi pOn..malas! selamba jer aku jawab mcm tu...perempuan cina itu pun menyambung lagi..saya pun sudah malas mau mengundi..sekarang haa pembangkang atau kerajaan semua sudah tak bagus..saya tak kisah laa siapa pun menang..janji mau peace life..janji aman..tak mau gaduh2 mcm sekarang..contoh mcm Najib,saya tak suka dia..banyak makan duit rakyat..Aku yang mendengar dia cakap mcm tu ape lagi aku pun menambahlah..betul2..Kerajaan Malaysia sekarang banyak berhutang sebab 1 malaysia yang dianjurkan oleh Najib..(panjang lagi sebenarnye perbualan aku dengan die..lebih kurang 1 jam die bersembang dengan kami..seolah pulang kekampung katanya..hahaa).hmmmm....rakyat pun dah semakin keliru dengan Kerajaan yang cuma mahukan kerusi untuk memerintah..mahukan kuasa,wang pangkat dan kedudukan..Tiade lagi bayangan pemimpin seperti yang dipilih Tuhan,seperti Rasul2,Para Khulafa' ArRashidin..Oh! Tuhan,,,datangkan lah segera pemimpin yang ditunggu2 iaitu Abuya dan Saidi yang akan memerintah dunia dengan aman makmur..Kini dunia terutama Malaysia sedang menunggu kepulangan seorang Ratu tanpa Mahkota yang menjadi Wasilah antara RSA..A tolong islamkan Malaysia!!

Wednesday 1 May 2013

Sajak Buat Anak-anak Abuya

Anak-anakku yang tercinta,Luka hati Abuya sudah baik semula,
Kerana melihat anak anakku sudah dipimpin oleh Tuhan,
Ini petanda bahawa anak anakku akan menjadi Ikhwan,
Setidak tidaknya menjadi Asoib masa depan,
Perubahan perubahan anak anakku pada hati Abuya menghiburkan,
Abuya doakan anak anakku selamat masa depan,
Iaitu hidup diakhirat yang berpanjangan
Tidak mengapa Abuya tidak memberi kasih sayang,
Tetapi kasih sayang Tuhan itu lebih diutamakan
Abuya kamu lain daripada orang,Kalau orang lain menyayangi
anak anaknya memberi wang dan kesenangan
Tetapi Abuya lain pula,Kerana Abuya belajar dengan datukmu dahulu
Iaitu ayah Abuya,Dia tidak memanjakan Abuya
Dengan wang dan kesenangan,Tetapi Abuya diberi oleh datukmu Tuhan
Iaitu kesenangan diakhirat yang berpanjangan
Didikan yang Abuya warisi dari datukmu
Itulah yang Abuya panjangkan kepada kamu sekalian
Sebagai amal jariah datukmu diakhirat
Sebagai sumbangan Abuya mengenangkan jasa datukmu
Bukan memberi Abuya wang dan kesenangan,
Tetapi diberi Abuya Tuhan!
Itulah yang Abuya pusakankan kepada anak anak Abuya yang tersayang
Padahal datukmu diwaktu itu pegawai kastam,
Dizaman itu hidup lumayan,diwaktu itu Abuya dibawah didikannya
tidak dimewah mewahkan
Kalau sajak ini sampai kepada kamu sekaliannya
Fatihahkan datukmu dan Abuya,tanda sayang kepada Abuya dan datukmu yang tersayang
Kerana mengingati jasanya kepada Abuya,
Yang dia memberi Abuya,Tuhan
Jadi disini baru faham,Selama ini Abuya tidak tunjukan kasih sayang kepada kamu
Dengan tidak memberi kamu wang dan kesenangan
Tetapi Abuya beri kamu yang lebih mahal lagi
Iaitu Tuhan yang berkekalan,
Jadi disini terjawab kepada kamu semuanya
Abuya sayang kepada kamu,Tidak seperti lain orang
Pada Abuya,Abuya tunjukan kasih sayang kepada kamu,Dengan memberi kamu Tuhan
Bukan wang dan kesenangan
Dahulu kamu kecil kecil lagi,Kamu tidak faham,tentulah kamu tidak senang
Tapi sekarang baru kamu faham
Kasih sayang Abuya kepada kamu semuanya
Memberi kamu Tuhan,Dan mengusahakan kamu bahagia di Akhirat yang berpanjangan
Kalau Abuya tunjukan kasih sayang kepada kamu,Dengan memberi wang yang cukup
dan kesenangan yang berlebih lebihan
Dunia tidak sampai kemana,Sedangkan Akhirat kelak kamu kecundang
Berdepan dengan penderitaan yang berpanjangan
Abuya dapat tahu bahawa kamu semuanya tidak lalai sembahyang,
Bahkan jika tahajjud kamu tertinggal,jiwa kamu tidak tenang
Ada diwaktu siang kamu termenung,Kerana kesal tahajjud tertinggal
Perasaan begitu adalah rahmat Tuhan
Kalau orang lain susahkan hati kerana wang hilang
Begitu juga Abuya dapat tahu,kamu adik beradik bersatu padu dan berkasih sayang
Ibu kamu semuanya iaitu Ummi,Ummu dan Ummu Ain kamu tidak membeza bezakan
Kalau kamu boleh kekalkan,Kamu didalam keredhoan Tuhan
Keredhoan Tuhan itu lebih mahal dari intan berlian
Disinilah Abuya faham,Bahawa perjuangan Abuya akan bersambung panjang
Anak anak Abuyalah yang akan menyambung perjuangan Abuya dibelakang
Kamu menyambung perjuangan Abuya
Itulah aset Abuya,hidup diakhirat kelak yang berpanjangan
Dan juga kekayaan kamu di akhirat kelak 
Destinasi yang kekal abadi,Yang tidak diukur oleh masa lagi
Abuya harap suasana ini hendaklah dikekalkan
Sampai mati menemui Tuhan
Biarlah kita susah sedikit didunia,Tapi bahagia diakhirat berpanjangan
Perlu diingatkan kepada anak anakku sekalian
Kalau didunia dapat Tuhan,Hidup dapat displin Tuhan
Insyaallah didunia pun tidak kesusahan
Ini terbukti,Kamu saksikan sendiri,
Selama ini Abuya didik kamu takut dengan Tuhan dan mengutamakan akhirat
yang berpanjangan,Hidup kamu didunia tidaklah susah macam orang
yang kejar dunia,akhirat tidak dapat
Tuhan sudah hilang,hal akhirat diabaikan
tetapi hidup kamu,kamu saksikan sendiri
Tidak susah pun makan dan berpakaian
Kamu pun tidak susah berkenderaaan,kamu masa kecil kecil lagi
Sudah bole pergi kemana mana
Bahkan keluar negeri,Padahal orang yang kejar dunia,
Kalau masih budak budak macam kamu,
Pergi keluar negeri tak usah mimpi
Disini menunjukan kalau hidup didunia ini
Dapat Tuhan dan ikut displin Tuhan
Hidup dunia pun tidak kesusahan
Orang yang susah itu kerana tidak dapat Tuhan
Displin Tuhan sudah ditinggalkan
Didunia pun tidak juga senang
Diakhirat kelak mendapat kesusahan yang berpanjangan
Jadi didunia tidak senang,Diakhirat kecundang


Sunday 28 April 2013

UjiAn PiJat

hah..amek kau!!..dengan geram aku memicit sekali 6 ekor pijat yang duduk berteleku dibawah tilam tempat aku beradu..bukan aku sorang yang sudah menjadi mangsanya..siape pun yang pernah duduk di rumah tamu London ni tak terlepas dari bahananya..bila digigitnya mashaallah! Gatalnya bukan main..bile digaru bengkaknya akan kemerahan..ade satu aku bace blog kawan ni..katenye kalau kite garu tempat yang digigit tu mengikut bentuk w..maka bengkak atau bintik2 merah tu pon akan ikut menjadi bentuk w..wallahua'lam..
Yang aku hairannye..di Malaysia tak pulak aku berjodoh dengan makhluk Allah ni..tapi bertemu pula di London..Pelik! Maha suci Tuhan yang mendatangkan makhluk 'kecil' ni untuk menjadi sebab aku muhasabah diri....kembali mengadu kepada Pencipta yang menciptakan Aku dan pijat ni..yelah kalau ikutkan die pun makhluk Tuhan dan sumber rezkinye ialah darah aku..tapi dah terpicit tu kire sorry lah ye cik pijat ooiii...hahaha..kau pun kenelah muhasabah diri kau jugak..kenape kene picit ngan aku..kuikuikui..

Thursday 25 April 2013

DeMam BorDer datAnG LaGi...





Nanti duduk dimana? Berapa lama tinggal? Ada duit tak? Kalau ada,berape pule? Ade tiket return tak? Siape yang support sepanjang berade dieropah ini?..Begitulah soalan soalan yang pasti akan ditanye oleh kastam emegresen.Aduhh…aku kalau memikirkan pasal border atau kene keluar dari suatu tempat dan nak kesuatu tempat dalam eropah ini,pasti aku akan mengalami demam border..demam memikirkan wajah wajah tegas pegawai-pegawai kastam itu..lagi-lagi pegawai kastam di emegresen German..terlalu strict!
Pernah group Ibu Hajirah seramai 6 orang ditahan 3 hari 2 malam di airport Frankfurt.Salah seorang dari grup itu adelah kakak aku sendiri..AtiQah Amran.Mereka ditahan gara2 salah jawab.Bile jawapan tu agak mencurigakan bagi pihak diorang,mereka akan tanye2 lagi..dan setiap sorang dari ahli grup tu turut di soal siasat.Emm..jawapan pulak lain2..tak selaras..terus disyaki kite datang untuk bekerje..jadi ditahan laa untuk dihantar pulang ke Malaysia serte merte dan passport di cop pangkah bermaksud tidak boleh masuk Europe dalam mase 5 tahun…
Semase di London pula,kak Ida anak Abuya yang datang bersama suaminye dari Jordan  turut ditahan di airport London..pun akibat gara2 salah jawab..mereka dihantar pulang direct ke Jordan semula dan passport mereka dipegang oleh pegawai2 itu…kejam sungguh! Sy mad Isa di airport Perancis,pun turut dihantar pulang..namun kini sudah datang kembali ke Paris.hehe..Pejuang2 Abuya ni memang dilatih berani mati sungguh! Seterusnye grup remaja yang dari  perancis seramai 5 orang yang mahu masuk ke UK..kes yang sama,disyaki untuk bekerja.Pun turut passport mereka dipangkah tidak boleh masuk UK selama 5 tahun…macam aku cakap tadilah..boleh demam bile fikir pasal border ni..bile ditahan tu,akan disoal siasat dalam beberape jam..disoal 50 soalan terus menerus..selagi mereka tak puas hati selagi tulah diulang2nya soalan yang sama…
Aku? Hehe..alhamdulillah,aku tak pernah pula disoal lebih2…mungkin pegawai tu kesian kot tengok muke aku macam nak nangis..hahaha..tapi aku nak jugak cite pengalaman aku mase di border UK tempoh hari...sehari sebelum aku masuk UK haritu,aku dengar Sy Hatim dihantar balik Malaysia,pastu dengar pulak pegawai tu jumpa pamphlet dalam bagasi beliau..makin cemaslah aku waktu tu! Malam tu dah tak nyenyak tidur..tawasul je tak henti..Abuya tolong!! Esoknya aku dan kawan aku pun begerak dari Frankfurt ke UK..alhamdulillah disitu tidak ade ape2 masalah..turun je kapal terbang,masuk kedalam ruang cop passport..tapi muke kene sentiase maintain,hati Tuhan je yang tau..jgn tunjuk muke takut! Haha..paling best kene buat muke anak orang kaye yang melancong seluruh eropah! Cehh konon je tu…adat strategi orang berjuang..huhu
Soalan pertame kami ditanye..
Pegawai : Kamu buat ape 3 bulan di jerman?..kenape sampai 3 bulan..
terase air peluh aku semakin lebat mengalir..tapi muke tetap maintain..cool!
Aku : Ohh..saya dan kawan saya datang  melancong..kami pergi macam2 tempat ,Paris,St Quentin,Amsterdam..di jerman kami pergi Heidelberg,Rudelsheim..kebetulan saya ade kawan disini ,jadi merekalah yang bawa kami kemane2..
Aku terus bertawasul agar jawapan aku tidak meragukan mereka..
Aku : Lagipun nak datang sini tiket kan mahal,bukan senang orang Malaysia nak datang ke eropah ni,alang2 mak ayah saye dah support,jadi memang niat kami nak duduk sampai 3 bulan..
Aku lihat pegawai tu terangguk2..aku sedikit lega.Mungkin dalam hatinya,ishh,kaye sungguh budak ni..perasan gile,ahaks! Aku tengok pegawai  tu terus membelek passport aku..
Pegawai : Ni ade cop Jordan,Syria..kamu buat ape disane?
Aku : Oohh..sayepernah belajar disane sekejap..
Pegawai : waw..jadi awak boleh berbahase arab?
Aku tengok pegawai seakan teruje dan semakin ramah,dan mule mahu senyum..terime kasih Tuhan! Perasaan takut tadi kian menghilang..
Aku : hehe..bole lah sikit2..
Pegawai : Kamu ade duit tak? Berape yang kamu ade?
Aku : ade…….cash di tangan ade dalam £400.Dalam bank pun ade lagi duit.Encik nak tengok ke?
Aku buat gaye seperti nak keluarkan dompet.Memang buat gaye confident giler..tapi pegawai tu menghalang..tak mengape katenye.Mungkin die macam dah percaye kot yang aku ni anak org kaye..hehe.Akhir sekali  dia mintak tengok return tiket kami..dan kemudian aku lihat pegawai tu mengecop passport kami…Ya Allah..dalam hati aku tak henti2 mengucapkan berjuta terime kasih pade Tuhan dan RSA.Berkat kepimpinan dan kawan mendoakan aku..Jadi kami pun lepaslah masuk ke UK,macam dalam mimpi jer bile dah lepas tuu..
Tapi dalam tak sedar rupenye aku tertinggal satu beg! Semue tudung aku dalam tu! Bole tak perasan gare2 terlalu memikirkan hal border! Tak pelah..dah nasib badan..dalam nikmat memang akan menyusul si ujian tu..dan pejam celik pejam celik,hampir 3 bulan dah aku di London ni..tunggu beberape bulan lgi untuk mengalami demam border ..huhu..Jadi itu sajalah yang aku nak cite kat korang  untuk posting aku kali ini..ade rezeki kite jumpa lagi yee…maassalamah!

sAmBaL Nasi LeMak Nur MuhamMaD LoNdOn




Salam..ape khabar semue pembace blog serikandi kelana? Hehe..moge sihat sejahtera sentiase..Untuk posting kali ni saye nak kongsikan dengan korang tentang resepi Sambal nasi lemak Café Nur Muhammad London.Sambal nasi lemak NurMuhammad London ni cukup diminati oleh tetamu2 Abuya yang datang ke Café NML.Kenape panggil tetamu?Haa..kami diajar oleh Abuya untuk memanggil para pelanggan itu ialah tetamu.Bile dah panggil tetamu,maknenye kenelah layan dan raikan macam tetamu yang datang kerumah kite..sebab datangnye tetamu2 itu membawa 1001 rahmat,dan perginye mereka membawa dosa2 dan hijab2 kite.Bile ditanye pade tetamu bab servis Café NML..nescaye mereka akan angkat ibu jari…itulah hasil berkat ilmu yang Abuya ajar pade kami..
Pernah sampai ade sorang tetamu ni,berbangsa cina Malaysia yang bekerja di kedai sushi yang terletak tidak jauh dari Café NML  minta tambah sambal nasi lemak,tak cukup katenye.Jadi kite pun tambahkan lah sambal tu..nampak suke betul die,tak cukup dengan tu,lepas selesai makan,die nak tapau pulak..satu bekas kite cas die £3..bersama dengan 15 ringgit Malaysia.Sejak tu bederet orang mintak tapau sambal nasi lemak NML.Korang kalau nak pun boleh order ye..tapi buat yang duduk di UK je laa..hehehe

Kemudian ade tetamu lain satu keluarge orang cina juga,tapi tinggal di Australia,suke betul dengan Sambal Nasi Lemak Cafe NML.Kerap datang semate2 kerana sambal. Pernah sekali datang mereka bawa coklat untuk kami..haha..kelakar! Kami buat muke teruje depan die..mane taknye,first time dapat coklat dari pelanggan.Katenye,dia nak bagi coklat tu sebab nampak kami macam budak2 lagi..terlebih cerie kot..aduhh..part tu cemas! Moge roh kami matang lah harapnye..Dan semalam mereka datang ke Café NML untuk kali yang terakhirnye sebelum esok mereka akan terbang pulang ke Australia..tibe2 makcik cine tu panggil aku rapat kearahnya..hairan juge aku,kenape ni?Aku pun pergi kearahnya dan dia bertanye..
Makcik : Amoi ya..bole bagi itu lesepi tak? Saya suka sangat sama itu Sambal..mau masak di lumah..
Korang mesti pelik kan..orang cine duduk Australia bole cakap melayu?Mane ade..die cakap english lah..dialog tu imaginasi aku je..hahaha!Pepandailah korang mentransletkan kedalam bahase melayu.Aku hanye tersengih! Sempat setan menyelit..”hishh,kalau cas ni untung ni..”hehe..tapi Abuya tak ajar macam tu..aku pun bagi jelah resepi tuu kat dia.Dan aku jugak nak sharekan resepi sambal tu pade korang semue.Bile nak share resepi ni,teringat pade Ibu Hajirah yang banyak berjase pade aku.Berkat ilmu yang diajarkan beliau pade aku nilah salah satu yang boleh menyebabkan aku melangkahkan kaki keluar negare ni..huhuhu.Oklah..cubelah try resepi tu,memang sedap! Moge korang manfaatkanlah ilmu2 yang aku kongsikan ni untuk islam..okehh..jumpe lagi untuk posting yang akan datang..jangan jemu ye bace blog serikandi kelana ni..hehe..maassalamah!
 
kak liza,antara pelanggan tetap Cafe NML
                                  SAMBAL NASI LEMAK
125 gm cili kering
65gm serai hiris
25gm bawang putih
600gm bawang besar
30gm halia
90gm asam jawa
40gm belacan (yang dibakar)
30gm ikan bilis mentah
90gm ikan bilis yg sudah digoreng
50gm garam
250gm gula
300gm bawang besar hiris bulat
50gm kelapa parut
3bj tomato
500gm minyak masak utk tumis
                                                 
                                                       sekian..selamat mencuba!

Tuesday 23 April 2013

Mangga Cinta

jambatan mangga cinta? pelik jugak name tuu..hahaha..korang nak tau kenape tajuk posting aku kali ni pasal mangga cinte? Bukan mangga buah tau..tapi mangga kunci..Cam ni kesahnye..meh aku nak cite..

Tidak jauh dari apartment yang kami duduk di Frankfurt yang terletak di Wolfgang Strasse,terdapat satu jambatan.Jambatan yang di bawahnye mengalir air sungai rhein.Sungai Rhein ni adalah sungai yang mengalir di sepanjang eropah..Di London ianya dikenali sebagai River Thames.Di Perancis ianya dipanggil Sungai Seine.Ok..bebalik kepade tajuk posting aku kali ni...mengikut kepercayaan beberape orang warge jerman,sudah menjadi tradisi bagi pasangan couple yang kononnye mahu bahagia sentiase pasti akan mengunjungi jambatan itu...tau ape depa buat? jeng..jeng..jeng..

diOrang akan menulis name die dan pasangannya diatas permukaan mangga tu..pastu diorang akan ketipkan mangga tadi kat jambatan tu..kononnye bile dah ikat tu hubungan  akan kekal la katenye..Pelik bin merepek betul! huh..diorang ni cerdik tapi kadang2 tu ade jugak yang tak berape cerdiknye..hehe

hasil dari ikat2 mangge tu..akhirnye jambatan tu pun dah jadi salah satu daya tarikan pelancong yang datang..sebab keunikan tulah..Kalau tengok dari jauh nampak ceria sangat jambatan tu sebab dihiasi dengan deretan mangga2 yang warna warni..
Jadi korang kalau kesane,jangan gatai noo nak ketipkan mangge tu jugak..jodohkan tu ditangan Tuhan..bak kate orang tue2,xkan lari gunung dikejar weyy...haha! Oklah..tu jer yang aku nak cite utk pOsting kali ni..kejap lagi da nak siap2 ke cafe,sempat menulis post untuk ngelakkan tidoq lepaih subuh..moge tetamu yang datang ke cafe pade hari membawa rahmat dan perginye membawe dose2 kami yang banyak ni....aminn

Melawat Kota Tua Heidelberg

Semase aku diJerman tempoh hari,aku dan kawan-kawan dibawa oleh Pak Willy(simpati kita di ff) untuk melawati Kota Lama Heidelberg.Heidelberg ni adalah satu Kota lama yang terletak diLembah Neckar.Perjalanan nak menuju ke Heidelberg mengambil masa hampir sejam dari Frankfurt.Kami bertolak dari frankfurt dalam pukul 9 pagi.Bergerak dengan 2 kereta,konvoi.Satu kereta dibawa oleh Pak Willy dan dinaiki oleh kaum lelaki.Dan satu lagi kereta,BMW dibawa oleh Sy Syukri dan dinaiki oleh kami,Perempuan.Setelah sejam akhirnye kami pun sampailah ke destinasi..Kalau korang nak tau suasana diHeidelberg tu sebijik macam suasana dalam cerite Harry Potter.Penuh dengan bangunan2 lama.
                                     

Kota Heidelberg ini jugak sering menjadi lokasi shooting bagi orang2 barat disini.Bile aku dan kawan berjalan didalam kota ini..macam seram pun ade jugak..rase macam masuk rumah hantu..hehe!


                                       
ini adalah gambar bangunan istana belah dalam..Kerajaan Eropah ni sangat menghargai bangunan2 sejarah seperti ini..kebanyakannya mereka buat muzium untuk dilawati oleh pengunjung.Tidak hanya di Jerman,tapi diseluruh eropah pasti ade bangunan2 lame seperti ini..
pemandangan diambil dari atas..korang nampak tak bangunan depan tu macam pecah sket?

                                        
kononnya ade beberape bangunan yang pecah dan hancur ini adalah disebabkan perang dengan kerajaan perancis.Dan kerajaan Jerman membiarkan bangunan yang pecah itu untuk dijadikan sejarah yang perlu diketahui oleh pengunjung.
begambar dgn Pwilly di gerbang pintu masuk istana
tu dia Pak Willy..umurnye sudah hampir mencecah 73 tahun.Tapi tabik spring ar aku ngan dia..kuat lagi berjalan..selesai kami melawat istana lama kerajaan jerman ini,Pak Willy membawa kami melawat Kota Merah yang terletak tidak jauh dari Istana.Kota merah ini mengekalkan konsep kekunoan..memang kuno giler..macam dalam cite snow white pun ade aku tengok..Fuhh..dasyat lah diorang ni!
inilah Kota tua tu...aku melalui jambatan tue yang terletak di Bismarckplatz.Dari atas jambatan itulah aku amek gamba ni..Dan bawah jambatan itu mengalir air sungai yang dikenali sebagai sungai Auer.Dan kate Pak Willy jambatan itu juga pernah roboh akibat letupan dari perang dgn Perancis itu,namun sudah dibina kembali oleh kerajaan Jerman.
inilah sungai Auer                                   
aku sempat mengambil beberapa gambar di atas jambatan ini..(bergambar memang sempat jer..haha)

aku ckp dlm hati..larat ke Pak Willy ni..
bergambar dengan seluruh ahli XPDC..
emm..ape yang aku dapat hasil XPDC ni..Kerajaan Eropah sebenarnye dah tue..dah x larat nak memerintah bak singa tue yang sudah tiade gigi..kali ini giliran Timur pula yang akan bangun menjadi Empayar.Islam akan bangkit dari sebelah timur seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW..moge aku direzkikan bersama dengan kemenangan itu..amiinnnn..ape pun terime kasih byklah pade Pak Willy! Ok..jumpe lagi utk posing yang akan datang..

Monday 22 April 2013

SALJI betul ke best??

Bagi orang yang tidak pernah lagi menjejakkan kakinya ke luar negara,mesti teringin merasai Salji. Ala..macam aku jugak lah dulu dulu..tengok orang pegang salji macam best jer...
dalam gambar memang nampak best giler..tapi ade orang cakap,gambar itu menipu sebenarnya..yelah..orang hodoh boleh jadi comel dalam gambar..tambah lagi bile depa buat duck face..(sebut depa sbb aku x buat cam tu..hahaha)..betul kan??
bagi aku memang seronok dapat merasai nikmat salji..bole buat snowman,,snowgirl..snowball..macam2 snow laa.namun setiap nikmat yang Tuhan bagi itu PASTI akan disusuli dengan UJIANnya..meh aku nak cite..

Tahun ini salji turun lebat di Frankfurt,German.Suhu waktu itu pling rendah ialah -9..bayangkanlahh...
.aku pakai stoking jer dah 3 lapis..alhamdulillah lah ade heater..kalau di Jordan dikenali sebagai Sobah..
Setiap masa mengigil kesejukan..kalau tetibe ade hasrat nak keluar berjalan tu..hmm,simpanlah hasrat tu untuk bulan yang akan datang..

Bile sampai musim sejuk jer,bil yang paling jimat ialah bil air laa..sebab orang paling mujahadah nak masuk bilik masa tuu..hahaha..lagi best part nak bangun tahajjud dan Subuh..kene masuk bilik air untuk berwhuduk..air die..masyaallah! Macam korang amek wuduk pakai air freezer yang tak sempat nak keras tu..ha,macam tu lah!!..tapi ade air panas! Korang jangan takut pulak nak datang luar negare nih! Xdelah dasyat sangat sampai xde air panas..hehehe

 Pernah dulu ketika aku di London,sementare nak tunggu dryer baju di dobi pade waktu pagi,biasenye aku dan kawan kawan akan men-tos kan baju kitorang semalaman di belakang rumah..waktu tu mesin basuh baju kitorang rosak..nak dijadikan cerite,rupenye malam tu suhu -4...esok pagi bile nak angkat baju tu...haha...tau jadi ape? dah jadi kayu,beku!!..kalau pukul orang sodap tu..hihii.bertambah satu kerja,kene tunggu lembik dulu kayu tu baru boleh ke dobi.B

Emm..macam tu laa ceritenye..salji hanya akan turun bile cuace terlalu sejuk.Bila sejuk macam tu,cepat2 doa mintak cepatlah musim panas pulak..huhuuu..macam tak bersyukur pulak kan?..hmmm..apepun Terima kasih kat Tuhan yang dah bagi aku ,merasai pelbagai musim dinegare org ni..Bile dah duduk dinegare orang ni,barulah kita akan rasa betape bestnye Malaysia! Malaysia negaraku yang tercinta..Oklah..takat ni je dulu posting aku kali ni..maassalamah!

Sunday 21 April 2013

Aku Dan KudE..

aku dan kuda! aku memang suke giler dengan binatang ni,dan aku juge tau binatang ini adalah salah satu binatang yang menjadi kesayangan Rasulullah.Kalau dulu sewaktu di Malaysia aku cume mampu tengok dari jauh jer..yelah belum ade keberanian yg mantap gitu..huhuu..mane taknye,baru nak dekat die dah mengeluarkan bunyi-bunyi yang boleh membuatkan bulu roma aku meremang dengan serte merta..hahaha!





 takut woo awal-awal tu..tuhan saje yang tahu..


dapatlah jugak pegang..tapi air muke nampak sangat seronok yang tak ikhlas..kalaulah camera tu shoot bawah sikit,comform boleh nmpak kaki aku menggeletar..haha
 Sehinggalah aku ke direzekikan ke Jerash,Jordan..emm,dari situlah aku semakin jinak dgn dunie kude ni..Aku diajar care membersih sarap(bedding)...menyikat bulu kuda(grooming)..hampir tiap petang aku akan naik ke Stable..sehari takjumpe boleh rindu..

Lama kelamaan perasaan takut itu pun menghilang..diganti dengan perasaan sayang sangat dengan kuda2 ni..pernah seminggu aku dan kawan aku ni didenda tak boleh naik Stable seminggu..ape lagi terus cari Stable luar..Stable org arab di jerash tu..gagah gile! Namun tetap tak same dengan kuda RSA yang kita jage.



Nak kate aku pandai naik kuda tu takdela..aku just minat giler jer..belum ade peluang nak belajar sungguh2..yang aku tahu cume up down..trot..canter..jumping..ehh,macam2 lah,banyak!(padahal xingat..hehe)..

Jadi ape yang aku cume nak kongsikan disini ialah..Sukan berkuda ini adalah sunnah Para Rasul dan Para Nabi dahulu..jadi aku sangat bercite2 tinggi untuk menjadi pelatih kude walaupun aku seorang perempuan,aku nak memperkenalkan kembali Sunnah berkuda ini di kalangan bangsa melayu terutamanya!
Moge dari situ mengalirlah keberkatan mereka keatasku..AMIN!!..