Saturday 12 April 2014

Selamat Pengantin Baru Wahai Imamku..

Kicauan burung burung yang sedang terbang ke sarang masing masing menarik perhatiannya. Hanani berhenti seketika di sisi tingkap rumah kecil itu untuk menikmati kebesaran  Allah. Sungguh menenangkan....
Angin angin sepoi bahasa  yang menyapa pipi gebu itu menambahkan rasa shahdu pada petang itu.

    "Dah nak menjelang maghrib ni Walidah..." Tegur satu suara halus dari balik pintu. Hannah menoleh sebentar ke arah suara itu. Dia tersenyum. Layinnah, anak daranya yang baru berumur 16 tahun itu sudah sedia dengan telekung. Telekung dari sutera, jahitan tangan itu adalah hadiah dari Walidnya.

   "Walidah tahu sayang, Saja berhenti sekejap tengok burung burung tu terbang pulang.."Hanani memberitahu tanpa di tanya. "Adik adik dah siap semua?" Dia bertanya pula. Soalannya hanya dijawab oleh anggukan oleh Layinnah. Hanani tersenyum lagi.
    "Walidah siap sekejap. Ninah tolong tengok tengokkan adik adik di musollah ya," dia memesan. Sekali lagi anak gadisnya mengangguk lalu pintu bilik itu dirapatkan sedikit sebelum tubuhnya berlalu menuju ke musolla di bahagian belakang rumah itu.

  
      " Walid balik lambat lagi ke Walidah?" Tanya Nusaibah seusai mereka mengaji berjemaah selepas Isya. Hanani mengangguk.
      "Ibah dah ngantuk ni Walidah..boleh tak kalau Ibah masuk tidur dahulu? Tak larat rasanya nak menunggu Walid untuk makan malam." Rengek anak kecil berusia 10 tahun itu.
      "Dah dua malam Ibah tak makan bersama-sama. Ibah betul nak masuk tidur ni?" Soal Hanani. Jelas kelihatan wajah kepenatan anaknya. Apa tidaknya, seminggu ni, Nusaibah giat berlatih untuk hari sukan sekolahnya. Dek kerana kepenatan, dia tidak dapat menanti kepulangan walidnya. Padahal lazimnya, dialah yang setia menanti. Sekadar dapat makan bersama kemudian bermanja sedikit sebelum dia pamit untuk masuk tidur.
       "Ibah tidur ya Walidah? Esok Ibah jumpa Walid waktu Subuh insya Allah..Hanani hanya senyum nipis. Kesian Ibah, tak dapat jumpa Walid...Dan Hanani tahu, esok tentu Ibah akn menunggu Walidnya awal awal lagi di musollah ini kerana selepas solat Subuh saja, dia dan Awal, adik lelakinya akan dijemput oleh pemandu bas sekolah mereka. Tak pernah sempat untuk anak anak itu bersarapan bersama Walid mereka.
         " Along pun letih hari ni Walidah. Along pun nak minta izin masuk tidur awal. Kerja sekolah adik adik semua Along dah periksa. Lauk pauk pun Along dah panaskan. Bolehkan Walidah, Along nak masuk tidur?" Layinnah pula mendekati Hanani. Pipi Layinnah disentuh lembut. Ada perasaan hiba yang datang bertandang di hati Hanani. Namun cepat cepat diusirnya.
          "Pergilah tidur. Seharian along tolong Walidah, tentu penat. Awal pun macam dah mengantuk saja Walidah tengok. Tadi masa mengaji pun, suara dia tak ada.."Beritahu Hanani.
          "Awal beritahu Along tadi, dia letih pasal tolong cikgu bersihkan kawasan."
          "Suruhlah dia masuk tidur je Along..walidah tak rasa dia nmak makan malam dengan Walid. Tadi Walidah nampak dia makan sandwich sebelum Magrib..kenyang dah tu, insya Allah."
           "No problem," Layinnah tersenyum. Tubuh Awal yang sedang berbaring di sisi musolla dicuitnya.
           "Pak Imam, jom masuk bilik. Walidah suruh tidur." Layinnah menarik sedikit tangan Awal yang sudah keliahatan mamai itu.
            "Awal...jalanlah elok elok..dah macam apa je Along tengok,"keluh kakak sulungnya itu...


             Jam di dinding dikerlingnya. Sudah masuk jam 10 malam. Kelibat orang yang dinantikan belum muncul muncul juga. Sudah berapa kali Hanani menguap. Air kopi sudah 2 cawan dia habiskan, kononnya untuk menghalang rasa mengantuk. Namun akhirnya, dia tewas. Tubuh saratnya terbaring jua di atas sofa di ruang tamu itu.

           Tatkala kaki melangkah masuk, mata terus mencari cari. Sekujur tubuh yang terbaring longlai di dekatinya. Rasa simpati bermain dihati. Kasihan isterinya. Kemudian dia menjenguk ke meja makan. Sama seperti semalam, lauk pauk sudah terhidang, tapi tidak bersebtuh kerana seisi rumah menantinya. Yang bezanya, semalam dia sempat menikmati ikan patin gulai tempoyak bersama anak anak dan isterinya. Tapi malam ini, rendang lembu dan sup sayur itu tidak akan dinikmati bersama sama. Bukan saja Nusaibah yang sudah tidur, malah isterinya juga sudah terkulai layu.

           "Sayang....jom masuk bilik. Sakit badan tidur macam ni,"pipi Hanani ditepuk lembut. Terpisat pisat mata Hanani melihat suaminya disisi. Ah sudah, dia tertidur tadi.
          "Sayang minum kopi lagi?" Soal Syammar. Hanani hanya mampu mengangguk lemah..
          "Kan abang dah cakap...."
          "Yang nak tunggu abang balik, nak hilangkan rasa ngantuk,"Hanani memberitahu.
           "Abang dah makan?" Syammar mengangguk, serba salah. Tadi Haidar mengajaknya singgah makan sebelum pulang kerumah.
           "Kalau macam tu, Yang kemaskan meja sekejap ya,"pinta Hanani.
           "Sayang tak makan lag,kan? Abang temankan ya?" Syammar mengajak.
           "Yang tak lapar bang..tak selera nak makan."Pintas Hanani. Entah kenapa hampir seminggu dia hilang selera. Masak macam mana pun, dia tak lalu nak makan. Hanya minum air saja sehari suntuk.
            Tangan Syammar hinggap ke perut Hanani. Diusapnya perlahan perut uyang sedang memboyot itu. Dia tak pasti samada Hanani memang betul betul hilang selera makan atau sebaliknya.
             "Sayang okay?" Hanani cepat cepat mengangguk.
             "Look here, if you're not ready yet, kita boleh bawa berbincang dengan Syeikh Nasrul tu sayang.
             "I'm fine, abang. Sayang setuju sangat dengan perkara itu."Tukasnya lagi.
              "Abang faham niat sayang but in this condition of yours, abang rasa kita boleh tangguhkan."
              Hanani menggeleng kepala. Wajah letih suaminya di tatap hening. Dia sayang sangat lelaki yang sedang berada dihadapannya.
              "Pengorbanan sayang ni kecil sangat abang, berbanding dengan semua jasa abang pada sayang,"bisiknya. Syammar menarik Hanani dalam pelukan. Dia kelu untuk berkata-kata. Hanya seminggu saja lagi...dalam seminggu lagi, kehidupan seisi keluarga ini akan berubah 360 darjah. Tiba tiba dia rindu dengan ketiga tiga anak anaknya. Anak anak hasil perkongsian hidup dengan Hanani.



            Gubahan terakhir sudah pun siap. Dia menelek lagi kelima lima gubahan yang dia siapkan bersama Layinnah tadi. Puas hatinya kerana dapat menghasilkan sendiri gubahan gubahan itu walaupun dalam keadaannya yang sarat. Dia gembira, sungguh!

            "Cantikkan walidah. Kena pula warna yang Walidah pilih ni. Kalau nanti waktu Ninah nikah, walidah buatkan Ninah yang lebih cantik dari ini tau,"gurau anak sulungnya.
            "Along Ninah ada hati nak kawin ya?," usik Hanani.
            "Tentulah mahu Walidah, sunnah tu."
            "Nak jadi isteri nombor berapa nanti?" Berubah riak Layinnah dengan soalan Hanani. Dia beringsut sedikit dari Hanani.
            "Along, poligami pun sunnah Rasul juga," Hanani mengingatkan anaknya itu. Layinnah hanya tersenyum nipis.
           "Along tak tolak poligami Walidah, cuma Along tak pasti dengan apa yang Along rasakan sekarang."
           "Doakan yang terbaik Along. Doakan Walid. Walid bukan suka suka. Kita hidup dalam perjuangan. Ini salah satu perkara yang kita perjuangkan. Seorang pejuang tak boleh memilih. Mana boleh perjuangkan apa yang kita suka saja,kan?"

             Tiba tiba Layinnah tertawa. Hanani mengangkat kening, membawa maksud mahu tahu kenapa agaknya anak itu tertawa.
              "Walidah dah jadi macam Walid. Orang cakap sikit, Walidah buka kuliah!" Seloroh Layinnah. Dia terus memeluk erat Walidahnya itu; tidak mahu Hanani melihat airmatanya yang sudah berjaya melepasi empangan tubir mata.
              "Tuhan, tolong kuatkan Walidah...


               Masing masing sudah bersiap. Jubah biru firus dikenakan dengan shawl warna krim. Lembut mata memandang. Hanani tersenyum melihat ketrampilannya di cermin.

               "Mana Walid, dah siap ke belum?" Awal bertanya. Dia memakai jubah dari tona yang sama berserta songkok krim.

               "Nanti semua orang dah sampai, kita lambat pula Walidah," Nusaibah mencelah.
                Dan ketika itu juga, Syammar muncul di ruang tamu.
               "Handsomenya Walid!!" Jerit kedua dua mereka.
Syammar tersenyum, janggal. Di pandang wajah Hanani yang tenang duduk di sofa.
              "Abang dah siap? Jom.."Ajaknya manja seperti selalu. Tangan suami digamit, dengan tenang, dia membetulkan rida' yang terletak elok di atas bahu Syammar. Bahu ini bakal memikul satu lagi tanggungjawab dan amanah Allah..Hanani tersenyum...

             "Nanii, kuatkan jiwa ya. Ikat hati dengan Rasulullah. Ingat Allah banyak banyak."
             Pesanan ringkas di terima dari Ibu Julaizah. Jarinya pantas menekan skrin telefon bimbitnya.
             "Dari siapa Yang?" Soal Syammar yang sedang memandu.
             "Ibu Ju. Dia pesan suruh Yang sabar, tabah, ingat Allah.."Balas Hanani. Syammar mengangguk tanda faham.

              Masjid Al Mahdi sudah dipenuhi dengan sahabat handai seperjuangan. Hanani memandang Syammar.

              "Abang okay?"

              "Ramainya orang..."Terdengar komen Syammar dari dalam kereta. Layinnah dan adik adiknya sudah beransur bergerak menuju kemasjid membawa barangan hantaran.

                "Yang nak kena masuk ni bang. Tadi Kak Idah mesej minta tengokkan tudung pengantin."Beritahu Hanani. Syammar perasan isterinya itu asyik asyik mengusap perutnya. Sakit mungkin..sesekali dia dapat melihat Hanani berkerut.

                  Setelah bersalaman dengan beberapa kenalan, Hanani mendapatkan pengantin yang sedang didandan oleh ibu Jihah..

                  "Tahniah Nani.." Ucap Ibu Jihah sewaktu Hanani menyalamnya.
                   "Doakan Nani kuat ya, Nani nak dapat redha Tuhan,"bisik Hanani tenang, tapi penuh mengharap. Ibu Jihah hanya mengangguk. Riuh rendah ruang itu dengan suara anak anak yayasan. Sibuk sgt mereka, macamlah mereka pengantinya.

                   "Kenapa tak siap lagi ni? Pergilah siap siap. Imam dah kat bawah tu.."Tegur Hanani..

                    "Alah Nani baru tengok hari ni, akak tiap tiap hari nak melayan kerenah depa ni Nani. Dari tadi tak siap siap mengalahkan pengantin!" Omel Kak Najah, warden asrama yayasan itu. Hanani tergelak..terhibur dengan omelan sayang Kak Najah. Kak Najah tu mengomel saja lebih, tapi sayangnya dia pada anak anak yayasan, melebihi dia mengasihi dirinya sendiri...

                    Hanani memandang wajah pengantin perempuan. Baru kali ini dia menatap wajah gadis itu. Selama ini hanya dengar cerita. Tak pernah pula mereka berkenalan. Bukan saja Hanani, bahkan Syammar pun sama, tak sempat nak tahu siapa calonnya.

                  "Ibu Jihah, mari Nani pakaikan veilnya.." Hanani mengutarakan. Teragak2 Ibu Jihah menghulurkan veil kepada Hanani. Dengan senyuman, Hanani menerima huluran Ibu Jihah.

                   "Dekat sikit dik, akak ni da berat nak bergerak,"Hanani bersuara. Pengantin perempuan sekadar menurut. Yang melihatn mungkin berasa janggal, tapi tidak pada Hanani. Tuhan, Kau ikhlaskan lah hatiku....

                    "Veil ni senang je nak pakai. Dia ikut cara barat sebenarnya. Tak merebeh rebeh dan bermanik. Simple tapi elegant,"Nani menerangkan tanpa di soal. Dia memang berkenan sangat dengan veil yang dipakai oleh sepupunya, maka dia pun tanpa segan, meminjam veil sepupunya itu. Pantas jarinya menyepit veil pada sanggul pengantin. Mutiara kepunyaannya kemudian di lilit di atas veil, sementara rantai mutiaranya pula di pakaikan pada pengantin. Hanani rasa puas. Dia suka apa yang dilihatnya. Hitam putih menjadi tema malam itu. Manakala tema anak anak yayasan ialah biru laut dan putih..siapa pengantin ni? Anak anak yayasan lebih teruja nampaknya!

            Kawasan serba guna masjid kelihatan meriah. Ramai pula sahabat seperjuangan yang hadir. Hanani mengerling pada suaminya. Ya Allah Kau permudahkanlah dengan berkat NabiMu, nabi ruhku. Layinnah awal awal sudah memilih untuk duduk dibahagian belakang. Nusaibah tentulah dengan anak anak yayasan yang lain. Awal....awal macam biasa, tanpa riak. Sibuk dengan handphone di tangan, tentunya main games lah tu. Hanani menebarkan pandangan keseluruh ceruk dewan...Ya Allah Kau ikatlah hatiku dengan taliMu Tuhan sesungguhnya aku tidak sekuat seperti yang mereka harapkan.

           "Cik Nani, ibu Kinah suruh duduk depan sebelah pengantin,"beritahu Zalilah sambil berbisik.

           "Alahai Lilah, cik Nani dah sarat benar nak gerak gerak ni," dia membalas. Bukan tak sudi, tapi biarlah dia sekadar menjadi sebahagian tetamu yang menyaksikan. Limelite malam ini bukan untuknya. Mendengar kata kata Hanani, Ibu Nora turut menyokong.

           "Biarlah Cik Nani dengan kami saja. Dah terboyot boyot nak gerak lagi ke depan. Boleh saja dengar dari sini,"sokong Ibu Nora. Hanani tahu, bukan itu alasan sebenarnya. Dia yakin kawan kawan juga tak mahu dia rebah di depan sana.

            Akhirnya suasana riuh di dewan menjadi tenang. Pengerusi majlis meminta anak anak yayasan memulakan majlis dengan beberapa buah nasyid. Hati Hanani dipagar rasa sayu..perasaannya bercampur baur. Ini perjuangannya. Ini kehidupannya sejak berpuluh tahun yang lalu. Sejak dia kecil lagi, dia memilih untuk memilih jalan ini. Jalan yang memperjuangkan Allah dan Rasul.

             Suara kadhi memecah keheningan. Hanani hanya mampu mendengar tapi tidak mampu mencerna. Matanya mencari Layinnah..along, mana anak sulungnya?

              "Aku nikahkan dikau wahai Muhammad Syammar Baihaqi dengan Nur Maisarah Muhammad dengan mas kahwinnya yaitu.        Bacaan Al fatihah."

             "Aku terima nikahnya yang tersebut."

Hanani meraup muka. Lega..bersykur kerana Tuhan mempermudahkan segalanya. Dia menatap pasangan pengantin melaksanakan adat membatal wudhu. Tiba tiba Sy Habib bersuara,"Mana pasangan madu? Mari kedepan kedua-duanya..biar suami beri berkat." Hanani memandang sahabat sahabat. Aduh...ada ada saja Syeikh Habib ni..tak pasal pasal Hanani juga terseret ke dalam kerdipan flash camera yang tidak henti henti.

           "Cik Nani, along Nenah tadi nangis,"bisik Bobo..Hanani memandang wajah anak yayasan itu meminta kepastian. Baroqah mengangguk angguk...

           Pantas Hanani memandang ke nelakang dewan. Melihat Along Layinnah mengelap airmata, dia menjadi hiba. Anak sulung hasil perkahwinannya dengan Syammar itu sedang bersedih. Along memang manja dengan Walidnya. Kalau berjalan, tangan Walidnya tak segan untuk dia pimpin. Bergayut disisi Walid itu memang menjadi habit Along Layinnah..

          "Kenapa menangis? Walidah tak nangis,kan? Kena bersyukur kerana Tuhan pilih keluarga kita untuk memperjuangkan apa yang Rasulullah perjuangkan,"dia sempat menitip pesan. Layinnah hanya tersenyum.

          "Along Ninah hiba je, cik Nani,"beritahu salah seorang anak yayasan. "Along Ninah dah masuk kelab kami. Anak anak poligami, tapi bezanya, ayah kami dah tak ada. Kami cuma ada mak mak saja." Seorang lagi anak yayasan mencelah.. Mereka tenang, tabah dan matang. Hanani suka anak-anaknya bercampur dengan anak anak yayasan.

          Akhirnya majlis bersurai menjamu selera. Barulah tenang sedikit dewan serbaguna itu. Hanani sempat memandang wajah suaminya. Mata mereka bertaut. Hanani tersenyum kemudian melarikan pandangan, pura pura sibuk bersimbang dengan kawan kawan yang hadir.

            Terima kasih Tuhan atas nikmat yang Kau berikan selama ini. Nikmat kasih sayang yang melimpah ruah, yang kini bakal ku alirkan kepada insan lain yang bergelar maduku.

            Terima Kasih wahai Rasulullah, Pemimpin Agung. Walau aku tidak dapat hidup dizaman hayatmu, aku bersyukur kerana setelah lebih dari 1400 tahun pemergianmu, aku masih dapat menjalani kehidupan seperti yang engkau lagangkan wahai Tuan. Engkau telah memilih kami dari berjuta ummatmu yang lain untuk memperjuangkan sunnahmu.

            Terima Kasih wahai mursyidku., kerana sabar mendidik aku.

            Terima kasih wahai suamiku, kerana memberi aku kesempatan untuk merebut syurga melalui dirimu.

            Terima kasih wahai maduku, kerana sudi menerima aku sebagai kakakmu..

           Terima kasih wahai anak-anakku, kerana kalian sama sama mahu memperjuangkan Nabimu.....

           Akhir kalam..Selamat pengantin baru wahai Imamku....

10 march 2013
Kandunganku cukup mencapai usia 28 minggu.
Kau usap perut yang membawa zuriatmu ini..
Ini abi, kenalilah wahai Putra,ini suara abimu.

10 march 2013
Kau segak berjubah dan berkopiah putih.
Jubah yang sama kau kenakan hampir 17 tahun yang lalu..
Kenangan lalu menggamit rindu.
17 tahun yang lalu, bersaksikan 2 ahli keluarga, kita disatukan.
Aku masih ingat suasana ketika itu. Dengan adik adik sepupuku yg masih kecil, amat meriah sekali detik manis itu..

10 mac 2013.
Bersaksikan dua orang sahabat, sekali lagi kau melafazkan akad. Dan kali ini, bukan aku pengantinnya.
Bukan aku yang duduk di alas itu
Bukan aku yang kau sarungkan cincin itu.
Aku adalah sebahagian dari hadirin yang hadir.
Aku adalah antara hadirin yang sama sama mengucapkan syukur tatkala saksi saksi mengatakan Sah...
Dan kali ini, aku saksikan airmata suci yang mengalir dari tubir mata anakmu.
"Kakak, sesungguhnya poligami itu indah"
Itu yang aku sering titip padanya.
"Kakak terharu...hanya itu" anak gadismu sudah memahami perasaan seorang wanita.
Sudah dewasa anak gadis mu itu wahai imamku.

10 mac 2013
Kehidupan kita berubah
Tangunggjawabmu bertambah
Aku sdg belajar untuk memahami setiap denyutan nadimu.
Kerana aku yakin wahai Imamku, kau tak akan sesiakan kami isteri isterimu.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana suamiku, adalah lelaki yang berani menongkah kontroversi yang di dalangi Yahudi. Namun itu berlaku atas keajaiban mursyidku..

10 mac 2013
Adalah persatuan bukan sekadar dua jiwa tetapi satu institusi keluarga.
Kasih sayang itu tidak pula aku rasa terbelah bahagi
Tetapi bertambah.
Kini ada lagi satu hati yang boleh aku sayangi, dan aku pula di sayangi...
bukankah itu satu rahmat?

Kekalkanlah kami dlm rahmatMu ini ya Allah
Semoga dengan rahmat dan karamah kerajaan ajaibmu
Kami semua dapat melepasi ujian ini...


Selamat pengantin baru wahai Imamku....