Wednesday 1 May 2013

Sajak Buat Anak-anak Abuya

Anak-anakku yang tercinta,Luka hati Abuya sudah baik semula,
Kerana melihat anak anakku sudah dipimpin oleh Tuhan,
Ini petanda bahawa anak anakku akan menjadi Ikhwan,
Setidak tidaknya menjadi Asoib masa depan,
Perubahan perubahan anak anakku pada hati Abuya menghiburkan,
Abuya doakan anak anakku selamat masa depan,
Iaitu hidup diakhirat yang berpanjangan
Tidak mengapa Abuya tidak memberi kasih sayang,
Tetapi kasih sayang Tuhan itu lebih diutamakan
Abuya kamu lain daripada orang,Kalau orang lain menyayangi
anak anaknya memberi wang dan kesenangan
Tetapi Abuya lain pula,Kerana Abuya belajar dengan datukmu dahulu
Iaitu ayah Abuya,Dia tidak memanjakan Abuya
Dengan wang dan kesenangan,Tetapi Abuya diberi oleh datukmu Tuhan
Iaitu kesenangan diakhirat yang berpanjangan
Didikan yang Abuya warisi dari datukmu
Itulah yang Abuya panjangkan kepada kamu sekalian
Sebagai amal jariah datukmu diakhirat
Sebagai sumbangan Abuya mengenangkan jasa datukmu
Bukan memberi Abuya wang dan kesenangan,
Tetapi diberi Abuya Tuhan!
Itulah yang Abuya pusakankan kepada anak anak Abuya yang tersayang
Padahal datukmu diwaktu itu pegawai kastam,
Dizaman itu hidup lumayan,diwaktu itu Abuya dibawah didikannya
tidak dimewah mewahkan
Kalau sajak ini sampai kepada kamu sekaliannya
Fatihahkan datukmu dan Abuya,tanda sayang kepada Abuya dan datukmu yang tersayang
Kerana mengingati jasanya kepada Abuya,
Yang dia memberi Abuya,Tuhan
Jadi disini baru faham,Selama ini Abuya tidak tunjukan kasih sayang kepada kamu
Dengan tidak memberi kamu wang dan kesenangan
Tetapi Abuya beri kamu yang lebih mahal lagi
Iaitu Tuhan yang berkekalan,
Jadi disini terjawab kepada kamu semuanya
Abuya sayang kepada kamu,Tidak seperti lain orang
Pada Abuya,Abuya tunjukan kasih sayang kepada kamu,Dengan memberi kamu Tuhan
Bukan wang dan kesenangan
Dahulu kamu kecil kecil lagi,Kamu tidak faham,tentulah kamu tidak senang
Tapi sekarang baru kamu faham
Kasih sayang Abuya kepada kamu semuanya
Memberi kamu Tuhan,Dan mengusahakan kamu bahagia di Akhirat yang berpanjangan
Kalau Abuya tunjukan kasih sayang kepada kamu,Dengan memberi wang yang cukup
dan kesenangan yang berlebih lebihan
Dunia tidak sampai kemana,Sedangkan Akhirat kelak kamu kecundang
Berdepan dengan penderitaan yang berpanjangan
Abuya dapat tahu bahawa kamu semuanya tidak lalai sembahyang,
Bahkan jika tahajjud kamu tertinggal,jiwa kamu tidak tenang
Ada diwaktu siang kamu termenung,Kerana kesal tahajjud tertinggal
Perasaan begitu adalah rahmat Tuhan
Kalau orang lain susahkan hati kerana wang hilang
Begitu juga Abuya dapat tahu,kamu adik beradik bersatu padu dan berkasih sayang
Ibu kamu semuanya iaitu Ummi,Ummu dan Ummu Ain kamu tidak membeza bezakan
Kalau kamu boleh kekalkan,Kamu didalam keredhoan Tuhan
Keredhoan Tuhan itu lebih mahal dari intan berlian
Disinilah Abuya faham,Bahawa perjuangan Abuya akan bersambung panjang
Anak anak Abuyalah yang akan menyambung perjuangan Abuya dibelakang
Kamu menyambung perjuangan Abuya
Itulah aset Abuya,hidup diakhirat kelak yang berpanjangan
Dan juga kekayaan kamu di akhirat kelak 
Destinasi yang kekal abadi,Yang tidak diukur oleh masa lagi
Abuya harap suasana ini hendaklah dikekalkan
Sampai mati menemui Tuhan
Biarlah kita susah sedikit didunia,Tapi bahagia diakhirat berpanjangan
Perlu diingatkan kepada anak anakku sekalian
Kalau didunia dapat Tuhan,Hidup dapat displin Tuhan
Insyaallah didunia pun tidak kesusahan
Ini terbukti,Kamu saksikan sendiri,
Selama ini Abuya didik kamu takut dengan Tuhan dan mengutamakan akhirat
yang berpanjangan,Hidup kamu didunia tidaklah susah macam orang
yang kejar dunia,akhirat tidak dapat
Tuhan sudah hilang,hal akhirat diabaikan
tetapi hidup kamu,kamu saksikan sendiri
Tidak susah pun makan dan berpakaian
Kamu pun tidak susah berkenderaaan,kamu masa kecil kecil lagi
Sudah bole pergi kemana mana
Bahkan keluar negeri,Padahal orang yang kejar dunia,
Kalau masih budak budak macam kamu,
Pergi keluar negeri tak usah mimpi
Disini menunjukan kalau hidup didunia ini
Dapat Tuhan dan ikut displin Tuhan
Hidup dunia pun tidak kesusahan
Orang yang susah itu kerana tidak dapat Tuhan
Displin Tuhan sudah ditinggalkan
Didunia pun tidak juga senang
Diakhirat kelak mendapat kesusahan yang berpanjangan
Jadi didunia tidak senang,Diakhirat kecundang


No comments:

Post a Comment