Tuesday, 6 May 2014

Oh Perempuan...

  • BETUL KE..WAHAI WANITA..???

    siapa kata jadi perempuan tu senang?

    nak kena tutup sana, tutup sini

    tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

    perempuan, stoking pon kena pakai

    cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

    komfem x tahan bertutup semua

    tapi, perempuan cool jek

    tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

    siapa kata jadi perempuan tu senang?

    tiap2 bulan, mesti ada penyakit

    nak pergi kelas pon susah

    kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

    cuba tengok budak lelaki , selamber jek

    kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

    tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

    tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

    hebat kan perempuan?

    siapa kata jadi perempuan tu senang?

    hati ni Allah jadikan lembut betul

    cepat jek sensitif

    cuba tengok orang putus cinta

    selalu perempuan yg paling susah nak lupa

    lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

    cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

    siapa yg paling teruk menangis?

    perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

    lembut tak lembut hati perempuan

    tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

    hebat tak perempuan?

    disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

    diorang cakap, Allah x adil

    kenapa Allah lebihkan lelaki?

    kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

    kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

    padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

    bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

    dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

    diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

    diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

    diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

    kesian kan kat diorang?

    disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

    diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

    persoalannya sekarang

    betul ke Allah x adil dengan perempuan?

    betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

    tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

    betul, isteri kena ikut cakap suami

    tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

    x adil lagikah Allah pada perempuan?

    Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

    untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

    kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

    cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

    tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

    bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

    mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

    kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

    cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

    banyak lagu pasal perempuan kan?

    contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

    jarang kita dengar lagu pasal lelaki

    sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

    tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

    orang akan cakap

    'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

    kita x pernah dengar orang cakap

    'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

    kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

    masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

    Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

    sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

    perempuan senang nak masuk syurga

    tengok hadis ni

    "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

    (Hadis Riwayat Ahmad)

    x adil lagikah Allah dekat perempuan?

    oh perempuan, sedarlah

    betapa sayangnya Allah dekat kita

    betapa cintanya Allah dekat kita

    tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

    Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

    bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

    dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

    kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

Saturday, 12 April 2014

Selamat Pengantin Baru Wahai Imamku..

Kicauan burung burung yang sedang terbang ke sarang masing masing menarik perhatiannya. Hanani berhenti seketika di sisi tingkap rumah kecil itu untuk menikmati kebesaran  Allah. Sungguh menenangkan....
Angin angin sepoi bahasa  yang menyapa pipi gebu itu menambahkan rasa shahdu pada petang itu.

    "Dah nak menjelang maghrib ni Walidah..." Tegur satu suara halus dari balik pintu. Hannah menoleh sebentar ke arah suara itu. Dia tersenyum. Layinnah, anak daranya yang baru berumur 16 tahun itu sudah sedia dengan telekung. Telekung dari sutera, jahitan tangan itu adalah hadiah dari Walidnya.

   "Walidah tahu sayang, Saja berhenti sekejap tengok burung burung tu terbang pulang.."Hanani memberitahu tanpa di tanya. "Adik adik dah siap semua?" Dia bertanya pula. Soalannya hanya dijawab oleh anggukan oleh Layinnah. Hanani tersenyum lagi.
    "Walidah siap sekejap. Ninah tolong tengok tengokkan adik adik di musollah ya," dia memesan. Sekali lagi anak gadisnya mengangguk lalu pintu bilik itu dirapatkan sedikit sebelum tubuhnya berlalu menuju ke musolla di bahagian belakang rumah itu.

  
      " Walid balik lambat lagi ke Walidah?" Tanya Nusaibah seusai mereka mengaji berjemaah selepas Isya. Hanani mengangguk.
      "Ibah dah ngantuk ni Walidah..boleh tak kalau Ibah masuk tidur dahulu? Tak larat rasanya nak menunggu Walid untuk makan malam." Rengek anak kecil berusia 10 tahun itu.
      "Dah dua malam Ibah tak makan bersama-sama. Ibah betul nak masuk tidur ni?" Soal Hanani. Jelas kelihatan wajah kepenatan anaknya. Apa tidaknya, seminggu ni, Nusaibah giat berlatih untuk hari sukan sekolahnya. Dek kerana kepenatan, dia tidak dapat menanti kepulangan walidnya. Padahal lazimnya, dialah yang setia menanti. Sekadar dapat makan bersama kemudian bermanja sedikit sebelum dia pamit untuk masuk tidur.
       "Ibah tidur ya Walidah? Esok Ibah jumpa Walid waktu Subuh insya Allah..Hanani hanya senyum nipis. Kesian Ibah, tak dapat jumpa Walid...Dan Hanani tahu, esok tentu Ibah akn menunggu Walidnya awal awal lagi di musollah ini kerana selepas solat Subuh saja, dia dan Awal, adik lelakinya akan dijemput oleh pemandu bas sekolah mereka. Tak pernah sempat untuk anak anak itu bersarapan bersama Walid mereka.
         " Along pun letih hari ni Walidah. Along pun nak minta izin masuk tidur awal. Kerja sekolah adik adik semua Along dah periksa. Lauk pauk pun Along dah panaskan. Bolehkan Walidah, Along nak masuk tidur?" Layinnah pula mendekati Hanani. Pipi Layinnah disentuh lembut. Ada perasaan hiba yang datang bertandang di hati Hanani. Namun cepat cepat diusirnya.
          "Pergilah tidur. Seharian along tolong Walidah, tentu penat. Awal pun macam dah mengantuk saja Walidah tengok. Tadi masa mengaji pun, suara dia tak ada.."Beritahu Hanani.
          "Awal beritahu Along tadi, dia letih pasal tolong cikgu bersihkan kawasan."
          "Suruhlah dia masuk tidur je Along..walidah tak rasa dia nmak makan malam dengan Walid. Tadi Walidah nampak dia makan sandwich sebelum Magrib..kenyang dah tu, insya Allah."
           "No problem," Layinnah tersenyum. Tubuh Awal yang sedang berbaring di sisi musolla dicuitnya.
           "Pak Imam, jom masuk bilik. Walidah suruh tidur." Layinnah menarik sedikit tangan Awal yang sudah keliahatan mamai itu.
            "Awal...jalanlah elok elok..dah macam apa je Along tengok,"keluh kakak sulungnya itu...


             Jam di dinding dikerlingnya. Sudah masuk jam 10 malam. Kelibat orang yang dinantikan belum muncul muncul juga. Sudah berapa kali Hanani menguap. Air kopi sudah 2 cawan dia habiskan, kononnya untuk menghalang rasa mengantuk. Namun akhirnya, dia tewas. Tubuh saratnya terbaring jua di atas sofa di ruang tamu itu.

           Tatkala kaki melangkah masuk, mata terus mencari cari. Sekujur tubuh yang terbaring longlai di dekatinya. Rasa simpati bermain dihati. Kasihan isterinya. Kemudian dia menjenguk ke meja makan. Sama seperti semalam, lauk pauk sudah terhidang, tapi tidak bersebtuh kerana seisi rumah menantinya. Yang bezanya, semalam dia sempat menikmati ikan patin gulai tempoyak bersama anak anak dan isterinya. Tapi malam ini, rendang lembu dan sup sayur itu tidak akan dinikmati bersama sama. Bukan saja Nusaibah yang sudah tidur, malah isterinya juga sudah terkulai layu.

           "Sayang....jom masuk bilik. Sakit badan tidur macam ni,"pipi Hanani ditepuk lembut. Terpisat pisat mata Hanani melihat suaminya disisi. Ah sudah, dia tertidur tadi.
          "Sayang minum kopi lagi?" Soal Syammar. Hanani hanya mampu mengangguk lemah..
          "Kan abang dah cakap...."
          "Yang nak tunggu abang balik, nak hilangkan rasa ngantuk,"Hanani memberitahu.
           "Abang dah makan?" Syammar mengangguk, serba salah. Tadi Haidar mengajaknya singgah makan sebelum pulang kerumah.
           "Kalau macam tu, Yang kemaskan meja sekejap ya,"pinta Hanani.
           "Sayang tak makan lag,kan? Abang temankan ya?" Syammar mengajak.
           "Yang tak lapar bang..tak selera nak makan."Pintas Hanani. Entah kenapa hampir seminggu dia hilang selera. Masak macam mana pun, dia tak lalu nak makan. Hanya minum air saja sehari suntuk.
            Tangan Syammar hinggap ke perut Hanani. Diusapnya perlahan perut uyang sedang memboyot itu. Dia tak pasti samada Hanani memang betul betul hilang selera makan atau sebaliknya.
             "Sayang okay?" Hanani cepat cepat mengangguk.
             "Look here, if you're not ready yet, kita boleh bawa berbincang dengan Syeikh Nasrul tu sayang.
             "I'm fine, abang. Sayang setuju sangat dengan perkara itu."Tukasnya lagi.
              "Abang faham niat sayang but in this condition of yours, abang rasa kita boleh tangguhkan."
              Hanani menggeleng kepala. Wajah letih suaminya di tatap hening. Dia sayang sangat lelaki yang sedang berada dihadapannya.
              "Pengorbanan sayang ni kecil sangat abang, berbanding dengan semua jasa abang pada sayang,"bisiknya. Syammar menarik Hanani dalam pelukan. Dia kelu untuk berkata-kata. Hanya seminggu saja lagi...dalam seminggu lagi, kehidupan seisi keluarga ini akan berubah 360 darjah. Tiba tiba dia rindu dengan ketiga tiga anak anaknya. Anak anak hasil perkongsian hidup dengan Hanani.



            Gubahan terakhir sudah pun siap. Dia menelek lagi kelima lima gubahan yang dia siapkan bersama Layinnah tadi. Puas hatinya kerana dapat menghasilkan sendiri gubahan gubahan itu walaupun dalam keadaannya yang sarat. Dia gembira, sungguh!

            "Cantikkan walidah. Kena pula warna yang Walidah pilih ni. Kalau nanti waktu Ninah nikah, walidah buatkan Ninah yang lebih cantik dari ini tau,"gurau anak sulungnya.
            "Along Ninah ada hati nak kawin ya?," usik Hanani.
            "Tentulah mahu Walidah, sunnah tu."
            "Nak jadi isteri nombor berapa nanti?" Berubah riak Layinnah dengan soalan Hanani. Dia beringsut sedikit dari Hanani.
            "Along, poligami pun sunnah Rasul juga," Hanani mengingatkan anaknya itu. Layinnah hanya tersenyum nipis.
           "Along tak tolak poligami Walidah, cuma Along tak pasti dengan apa yang Along rasakan sekarang."
           "Doakan yang terbaik Along. Doakan Walid. Walid bukan suka suka. Kita hidup dalam perjuangan. Ini salah satu perkara yang kita perjuangkan. Seorang pejuang tak boleh memilih. Mana boleh perjuangkan apa yang kita suka saja,kan?"

             Tiba tiba Layinnah tertawa. Hanani mengangkat kening, membawa maksud mahu tahu kenapa agaknya anak itu tertawa.
              "Walidah dah jadi macam Walid. Orang cakap sikit, Walidah buka kuliah!" Seloroh Layinnah. Dia terus memeluk erat Walidahnya itu; tidak mahu Hanani melihat airmatanya yang sudah berjaya melepasi empangan tubir mata.
              "Tuhan, tolong kuatkan Walidah...


               Masing masing sudah bersiap. Jubah biru firus dikenakan dengan shawl warna krim. Lembut mata memandang. Hanani tersenyum melihat ketrampilannya di cermin.

               "Mana Walid, dah siap ke belum?" Awal bertanya. Dia memakai jubah dari tona yang sama berserta songkok krim.

               "Nanti semua orang dah sampai, kita lambat pula Walidah," Nusaibah mencelah.
                Dan ketika itu juga, Syammar muncul di ruang tamu.
               "Handsomenya Walid!!" Jerit kedua dua mereka.
Syammar tersenyum, janggal. Di pandang wajah Hanani yang tenang duduk di sofa.
              "Abang dah siap? Jom.."Ajaknya manja seperti selalu. Tangan suami digamit, dengan tenang, dia membetulkan rida' yang terletak elok di atas bahu Syammar. Bahu ini bakal memikul satu lagi tanggungjawab dan amanah Allah..Hanani tersenyum...

             "Nanii, kuatkan jiwa ya. Ikat hati dengan Rasulullah. Ingat Allah banyak banyak."
             Pesanan ringkas di terima dari Ibu Julaizah. Jarinya pantas menekan skrin telefon bimbitnya.
             "Dari siapa Yang?" Soal Syammar yang sedang memandu.
             "Ibu Ju. Dia pesan suruh Yang sabar, tabah, ingat Allah.."Balas Hanani. Syammar mengangguk tanda faham.

              Masjid Al Mahdi sudah dipenuhi dengan sahabat handai seperjuangan. Hanani memandang Syammar.

              "Abang okay?"

              "Ramainya orang..."Terdengar komen Syammar dari dalam kereta. Layinnah dan adik adiknya sudah beransur bergerak menuju kemasjid membawa barangan hantaran.

                "Yang nak kena masuk ni bang. Tadi Kak Idah mesej minta tengokkan tudung pengantin."Beritahu Hanani. Syammar perasan isterinya itu asyik asyik mengusap perutnya. Sakit mungkin..sesekali dia dapat melihat Hanani berkerut.

                  Setelah bersalaman dengan beberapa kenalan, Hanani mendapatkan pengantin yang sedang didandan oleh ibu Jihah..

                  "Tahniah Nani.." Ucap Ibu Jihah sewaktu Hanani menyalamnya.
                   "Doakan Nani kuat ya, Nani nak dapat redha Tuhan,"bisik Hanani tenang, tapi penuh mengharap. Ibu Jihah hanya mengangguk. Riuh rendah ruang itu dengan suara anak anak yayasan. Sibuk sgt mereka, macamlah mereka pengantinya.

                   "Kenapa tak siap lagi ni? Pergilah siap siap. Imam dah kat bawah tu.."Tegur Hanani..

                    "Alah Nani baru tengok hari ni, akak tiap tiap hari nak melayan kerenah depa ni Nani. Dari tadi tak siap siap mengalahkan pengantin!" Omel Kak Najah, warden asrama yayasan itu. Hanani tergelak..terhibur dengan omelan sayang Kak Najah. Kak Najah tu mengomel saja lebih, tapi sayangnya dia pada anak anak yayasan, melebihi dia mengasihi dirinya sendiri...

                    Hanani memandang wajah pengantin perempuan. Baru kali ini dia menatap wajah gadis itu. Selama ini hanya dengar cerita. Tak pernah pula mereka berkenalan. Bukan saja Hanani, bahkan Syammar pun sama, tak sempat nak tahu siapa calonnya.

                  "Ibu Jihah, mari Nani pakaikan veilnya.." Hanani mengutarakan. Teragak2 Ibu Jihah menghulurkan veil kepada Hanani. Dengan senyuman, Hanani menerima huluran Ibu Jihah.

                   "Dekat sikit dik, akak ni da berat nak bergerak,"Hanani bersuara. Pengantin perempuan sekadar menurut. Yang melihatn mungkin berasa janggal, tapi tidak pada Hanani. Tuhan, Kau ikhlaskan lah hatiku....

                    "Veil ni senang je nak pakai. Dia ikut cara barat sebenarnya. Tak merebeh rebeh dan bermanik. Simple tapi elegant,"Nani menerangkan tanpa di soal. Dia memang berkenan sangat dengan veil yang dipakai oleh sepupunya, maka dia pun tanpa segan, meminjam veil sepupunya itu. Pantas jarinya menyepit veil pada sanggul pengantin. Mutiara kepunyaannya kemudian di lilit di atas veil, sementara rantai mutiaranya pula di pakaikan pada pengantin. Hanani rasa puas. Dia suka apa yang dilihatnya. Hitam putih menjadi tema malam itu. Manakala tema anak anak yayasan ialah biru laut dan putih..siapa pengantin ni? Anak anak yayasan lebih teruja nampaknya!

            Kawasan serba guna masjid kelihatan meriah. Ramai pula sahabat seperjuangan yang hadir. Hanani mengerling pada suaminya. Ya Allah Kau permudahkanlah dengan berkat NabiMu, nabi ruhku. Layinnah awal awal sudah memilih untuk duduk dibahagian belakang. Nusaibah tentulah dengan anak anak yayasan yang lain. Awal....awal macam biasa, tanpa riak. Sibuk dengan handphone di tangan, tentunya main games lah tu. Hanani menebarkan pandangan keseluruh ceruk dewan...Ya Allah Kau ikatlah hatiku dengan taliMu Tuhan sesungguhnya aku tidak sekuat seperti yang mereka harapkan.

           "Cik Nani, ibu Kinah suruh duduk depan sebelah pengantin,"beritahu Zalilah sambil berbisik.

           "Alahai Lilah, cik Nani dah sarat benar nak gerak gerak ni," dia membalas. Bukan tak sudi, tapi biarlah dia sekadar menjadi sebahagian tetamu yang menyaksikan. Limelite malam ini bukan untuknya. Mendengar kata kata Hanani, Ibu Nora turut menyokong.

           "Biarlah Cik Nani dengan kami saja. Dah terboyot boyot nak gerak lagi ke depan. Boleh saja dengar dari sini,"sokong Ibu Nora. Hanani tahu, bukan itu alasan sebenarnya. Dia yakin kawan kawan juga tak mahu dia rebah di depan sana.

            Akhirnya suasana riuh di dewan menjadi tenang. Pengerusi majlis meminta anak anak yayasan memulakan majlis dengan beberapa buah nasyid. Hati Hanani dipagar rasa sayu..perasaannya bercampur baur. Ini perjuangannya. Ini kehidupannya sejak berpuluh tahun yang lalu. Sejak dia kecil lagi, dia memilih untuk memilih jalan ini. Jalan yang memperjuangkan Allah dan Rasul.

             Suara kadhi memecah keheningan. Hanani hanya mampu mendengar tapi tidak mampu mencerna. Matanya mencari Layinnah..along, mana anak sulungnya?

              "Aku nikahkan dikau wahai Muhammad Syammar Baihaqi dengan Nur Maisarah Muhammad dengan mas kahwinnya yaitu.        Bacaan Al fatihah."

             "Aku terima nikahnya yang tersebut."

Hanani meraup muka. Lega..bersykur kerana Tuhan mempermudahkan segalanya. Dia menatap pasangan pengantin melaksanakan adat membatal wudhu. Tiba tiba Sy Habib bersuara,"Mana pasangan madu? Mari kedepan kedua-duanya..biar suami beri berkat." Hanani memandang sahabat sahabat. Aduh...ada ada saja Syeikh Habib ni..tak pasal pasal Hanani juga terseret ke dalam kerdipan flash camera yang tidak henti henti.

           "Cik Nani, along Nenah tadi nangis,"bisik Bobo..Hanani memandang wajah anak yayasan itu meminta kepastian. Baroqah mengangguk angguk...

           Pantas Hanani memandang ke nelakang dewan. Melihat Along Layinnah mengelap airmata, dia menjadi hiba. Anak sulung hasil perkahwinannya dengan Syammar itu sedang bersedih. Along memang manja dengan Walidnya. Kalau berjalan, tangan Walidnya tak segan untuk dia pimpin. Bergayut disisi Walid itu memang menjadi habit Along Layinnah..

          "Kenapa menangis? Walidah tak nangis,kan? Kena bersyukur kerana Tuhan pilih keluarga kita untuk memperjuangkan apa yang Rasulullah perjuangkan,"dia sempat menitip pesan. Layinnah hanya tersenyum.

          "Along Ninah hiba je, cik Nani,"beritahu salah seorang anak yayasan. "Along Ninah dah masuk kelab kami. Anak anak poligami, tapi bezanya, ayah kami dah tak ada. Kami cuma ada mak mak saja." Seorang lagi anak yayasan mencelah.. Mereka tenang, tabah dan matang. Hanani suka anak-anaknya bercampur dengan anak anak yayasan.

          Akhirnya majlis bersurai menjamu selera. Barulah tenang sedikit dewan serbaguna itu. Hanani sempat memandang wajah suaminya. Mata mereka bertaut. Hanani tersenyum kemudian melarikan pandangan, pura pura sibuk bersimbang dengan kawan kawan yang hadir.

            Terima kasih Tuhan atas nikmat yang Kau berikan selama ini. Nikmat kasih sayang yang melimpah ruah, yang kini bakal ku alirkan kepada insan lain yang bergelar maduku.

            Terima Kasih wahai Rasulullah, Pemimpin Agung. Walau aku tidak dapat hidup dizaman hayatmu, aku bersyukur kerana setelah lebih dari 1400 tahun pemergianmu, aku masih dapat menjalani kehidupan seperti yang engkau lagangkan wahai Tuan. Engkau telah memilih kami dari berjuta ummatmu yang lain untuk memperjuangkan sunnahmu.

            Terima Kasih wahai mursyidku., kerana sabar mendidik aku.

            Terima kasih wahai suamiku, kerana memberi aku kesempatan untuk merebut syurga melalui dirimu.

            Terima kasih wahai maduku, kerana sudi menerima aku sebagai kakakmu..

           Terima kasih wahai anak-anakku, kerana kalian sama sama mahu memperjuangkan Nabimu.....

           Akhir kalam..Selamat pengantin baru wahai Imamku....

10 march 2013
Kandunganku cukup mencapai usia 28 minggu.
Kau usap perut yang membawa zuriatmu ini..
Ini abi, kenalilah wahai Putra,ini suara abimu.

10 march 2013
Kau segak berjubah dan berkopiah putih.
Jubah yang sama kau kenakan hampir 17 tahun yang lalu..
Kenangan lalu menggamit rindu.
17 tahun yang lalu, bersaksikan 2 ahli keluarga, kita disatukan.
Aku masih ingat suasana ketika itu. Dengan adik adik sepupuku yg masih kecil, amat meriah sekali detik manis itu..

10 mac 2013.
Bersaksikan dua orang sahabat, sekali lagi kau melafazkan akad. Dan kali ini, bukan aku pengantinnya.
Bukan aku yang duduk di alas itu
Bukan aku yang kau sarungkan cincin itu.
Aku adalah sebahagian dari hadirin yang hadir.
Aku adalah antara hadirin yang sama sama mengucapkan syukur tatkala saksi saksi mengatakan Sah...
Dan kali ini, aku saksikan airmata suci yang mengalir dari tubir mata anakmu.
"Kakak, sesungguhnya poligami itu indah"
Itu yang aku sering titip padanya.
"Kakak terharu...hanya itu" anak gadismu sudah memahami perasaan seorang wanita.
Sudah dewasa anak gadis mu itu wahai imamku.

10 mac 2013
Kehidupan kita berubah
Tangunggjawabmu bertambah
Aku sdg belajar untuk memahami setiap denyutan nadimu.
Kerana aku yakin wahai Imamku, kau tak akan sesiakan kami isteri isterimu.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana suamiku, adalah lelaki yang berani menongkah kontroversi yang di dalangi Yahudi. Namun itu berlaku atas keajaiban mursyidku..

10 mac 2013
Adalah persatuan bukan sekadar dua jiwa tetapi satu institusi keluarga.
Kasih sayang itu tidak pula aku rasa terbelah bahagi
Tetapi bertambah.
Kini ada lagi satu hati yang boleh aku sayangi, dan aku pula di sayangi...
bukankah itu satu rahmat?

Kekalkanlah kami dlm rahmatMu ini ya Allah
Semoga dengan rahmat dan karamah kerajaan ajaibmu
Kami semua dapat melepasi ujian ini...


Selamat pengantin baru wahai Imamku....                          

Monday, 6 January 2014

KonstantinopLe

hmm....setelah hampir 2 bulan aku menahan diri dari menulis..hari ini aku dapat peluang melepaskan rindu kat blog sendiri..hhuhuhuu..aku seakan akan kembali bernyawa bila melangkah masuk kedalam rumah tamu turki ini..bukannye jasad aku yang mati..tapi roh yang tenat!! Namun atas dasar kasih sayang Tuhan yang Maha Baik telah menemukan aku dengan doktor yang pakar dalam mengubati penyakit seperti yang aku hidapi ini..Terima Kasih Tuhan!!
Kini aku masih lagi bergelar sebagai seorang musafir kelana..ramai yang tanya pade aku..hai,tak nak balik dah ke..ataupun,dah lupa negara sendiri?! lebih kurang macam tu lah ayatnye..bohonglah kalau aku katakan yang aku tak rindu negara sendiri..namun untuk pulang ketanah air itu belum lagi aku rasakan..melihatkan kegagahan,keunikan dan kecantikan negara Turki ini membuatkan aku semakin sayang hendak meninggalkannya.Negara yang mempunyai orang yang baik baik belaka.hasil dari keturunan yang baik.Negara yang pernah melakarkan sejarah yang begitu agung.kehebatan seorang pemimpin,ketaatan yang luar biasa tentera dan rakyatnya.Dan berlakunya itu adalah dikeranakan oleh sebuah Hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda memecahkan batu bata dalam perang Khandak bahawasanya Kota Konstantinople ini akan ditawan oleh seorang Raja yang sebaik baik Raja,Tentera yang sebaik baik terntera dan rakyat yang sebaik baik rakyat.Dan bermula dari itu berlumba lumbalah Para Sahabat menagih khabar berita dari Tuhan itu.Namun usaha mereka menemui kegagalan demi kegagalan sehinggalah 600 tahun selepas itu.Dan Kota Kostantinople berjaya ditawan oleh Sultan Mohd AlFateh.Berlakulah janji yang Tuhan khabarkan melalui lidah Nabinya.
Kalau aku nak ceritakan sejarah penakhlukan kota ini memang panjang..tak larat eden nak menulisnya..jadi aku syorkan kat korang tak yah susah2  korang bukak jer link ni,Blog Matahati..insyaallah lagi padat dan memuaskan hati korang sumer..                                                      http://matahati313.blogspot.com/2013/12/sultan-muhammad-ra-conqueror.html
Kagumnye aku melihatkan semangat juang mereka ini..sanggup menggadaikan nyawa asal tertegaknya Islam yang berdaulat.Wahhhhhh...jauhnye beza dengan diri aku ni..hmmmmmm.Moga dengan berkat bumi yang menempatkan Saidina Abu Ayyub Al Ansari ini dan Sultan Mohd Al Fateh dapatlah menjadikan aku sebagai seorang pejuang yang sejati..aminnn!

Tuesday, 29 October 2013

KeLuarGe AngKatQ..


Salam semue..Aku doakan korang sentiaselah ye dalam keadaan yang sihat sejahtera..kalau ade yang tak berape nak sihat tu,sabar sikit..insyaallah sakit tu akan menjadi penghapusan dosa buat korang..amin..
Post kali ni aku nak ceritakan tentang keluarge angkat aku di Frankfurt ni..Namanya Zahrah..warganegara jerman..orangnya baik sangat..lagi bestnye Zahrah ni dah lame hidup berpoligami..madunye jugak org jerman,namanya Iman..mereka masing2 ade sejarah atau cerita macam mane boleh berminat menukar agama asalnya kepada agama Islam..Hidayah tu kan milik Tuhan...Khusyuk betul bila mendengar cerita mereka..dengan rintangan dari ahli keluarge sendri..sedihkan,ade ahli keluarge sendri yang masih kafir..(sub..sub..isk.)
 Zahrah sekeluarga rajin melayan kami....bawa kami jalan2..makan2..dah anggap mcm keluarge sendiri pulak..lepaslah rindu pada keluarge sendiri kat malaysia nun...hehe....

emmm....sedih pulak nak berpisah...huhu...tapi dah adat org berjuang kan...insyaalah ade mase nanti kita jumpa lagi! amennn.....jumpa mak mentue! kuangkuangkuang...

Sunday, 20 October 2013

Aku diLeMa..

hmm..aku baru sahaja selesai program skype bersama Tuan Nasir dalam Rangkaian Eropah..Waahh..teruje sungguh bila mendengarkan berita berita di sampaikan dari mereka..(Turki,Paris,London,Manchester dan Frankfurt) Benarlah kata Rasulullah bahawa Islam pasti menang..secara tak langsung ianya membakar semangat aku yang kian mengendur ini..Ya Allah,bila terkenangkan balik zaman Rasulullah dan Para sahabat dahulu,mereka sanggup bermati matian untuk Islam..kerana jasa mereka mereka itulah Islam itu sampai kepada aku hari ini..Malu sungguh bila mengenangkan balik perangai aku yang lemah berjuang ni..huhuuhuuhuu
Berbalik kepada title post aku kali ni..aku dilema,hmmm....separuh hati nak balik Malaysia..Uwarghhh....separuh hati lagi nak sambung musafir sebagai seorang kelana...Istanbul aku datang!!....ape ape pon..aku kene tunggu hujung bulan ni...apa keputusannye..Ya Allah!! bantulah aku.....!

Friday, 18 October 2013

XPDC @Frankfurt

Hari ini terasa sungguh sejuk berbanding biasa..suhu 7c..ditambah dengan hujan yang kerap turun sejak 2 hari ini..bertambah tambah lah sejuk dibuatnya..huhu.Bila dah sejuk begini makanye berlapis lapislah baju yang dipakai..kuranglah sedikit sejuknye.Bulan ni merupakan bulan yang terakhir untuk aku berada di Frankfurt ini..hujung bulan ni genaplah 3 bulan aku dieropah ni..Selepas itu aku tidak tahu kemana aku akan berada,mungkin akan menyambung berkelana kenegara yang lain atau pulang ketanah air yang cukup aku rindukan.....hmm..aku tiada topik pon sebenarnya nak dikongsikan..dah lame hilang mood menaip..sO aku just nak share gambar aku yang terbaru..kitorang pergi xpdc dibandar tertua di  Frankfurt...





Thursday, 12 September 2013

BuaT TeManKu AtiQah..

Salam semua..hari ni 12hb September..hari yang aku paling teruje,sedih,gembira dan macam2 lagi perasaan yg ade dalam hati aku ni..mane taknye member kamceng aku Atiqah Zainuddin selamat diijabkabulkan dengan pasangannye Tuan Azri..Tahniah! tapi sedihnye kami tak ade..huawawa..aku hanya dapat melihat dia menikah melalui live streaming..mekasih banyak buat saudare Afdhol yang susah payah menyetupkan live stream tuu..(selambe je aku memelayukan bahase inggeris)...
Rasa macam nak nangis je..dah lah suasana di Frankfurt di waktu akad nikah tu dijalankan hujan turun dengan lebatnyer..memang betul2 tradis..alahai hati...Buat temanku Atiqah Selamat pengantin baru ye..moge dapat menjadi serikandi dan bidadari buat Suamimu...insyaallah doa akan sentiase aku panjatkan buat dikau..cehh..sastera sungguh! hadiah kau aku bagi bile jumpe kat Malaysia nanti ye.....heehehe

Tuesday, 30 July 2013

gUd byE UK..

fuh..perjalanan hari ini sungguh meletihkan aku,hahaha,bukan aku yang drive pon..tapi penat die over betol..perjalanan dari manchester ke london dengan menaiki bas mengambil masa selama 5 jam..hmm,ditambah tambah dengan puasa lagi,perut kami semua kembung..hehe,itulah cabaran untuk orang yang berpuasa,moga ade nilaian disisi Tuhan..aminn
Sepanjang 5 jam aku duduk di kerusi bas National Express..memang boleh naik kematu punggung aku..kesian dengan ibu normah yang duduk disebelah aku..pasti lagi lagi lah penat ye dak..hari ni hari terakhir kami bersama2 di UK ni..sebabnya esok Ibu Normah dan Nusaibah atau lebih mesra dipanggil Sebah akan pulang ketanah air tercinta..\Oh Malaysia..rindunya..huawawaawaa..
Dan kelusaan harinya giliran aku pulak keluar dari UK..insyaallah destinasi aku ke Paris..Boujour Paris! Rasa macam baru seminggu dua aku berada di UK ni..macam2 dah aku lalui..pahit manis..emm,kalau diingat balik,mesti orang akan tegur..weyy..asal senyum sorang2 tu..huhu..Namun begitulah kita yang berada dalam perjuangan ini..pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lazim hidupan yang harus ditempuh.Sedih pastilah ada..entah bila akan bertemu lagi..dengar2 sorang dah ke Jepun,sorang dah ke Dubai...Pakistan,india..kalau india tu aku taulah,destinasi favourite Zinnirah Maarof..fames dia hari ni,baca berita untuk United Kingdom..fuh,atas dasar nama pun dah cukup gah..moga berlakulah seperti apa yang Tuhan nak..ditangan kami remaja2 Islam yg bercita2 nak jadi Pembela Allah dan Rasul..amin!!

Wednesday, 17 July 2013

sENYuM sImPuL

10 PERKARA TENTANG AWAK.

1. awak sedang baca text ini.

2. awak adalah manusia.

3. awak tak dapat sebut huruf "P'' kalau bibir awak tidak bersentuh...

4. awak baru saja try buat.

6.awak ketawa sendiri.

7.awak senyum dan perasan no5 tak ada.

8. awak pun cek kalau ada no 5.

9. awak ketawa sendiri sambil tersenyum.

10. awak mahu share text ini supaya orang lain pun  terkena.awak awak awak 
awak awak
awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak

11. awak  memang malas untuk baca semua perkataan diatas.

12. awak tak perasan saya tulis awek.

13. awak pon terus cari perkataan awek,sebenarnya tak de pon..hehe

14. awak sudah terkena!!

15. awak sharelah supaya kawan kawan awak pun terkena sekali..tak kan awak nak terkena seorang je..

hehehehee...jangan marah ye! 

RaMadHan DataNg Lagi..

assalamuailaikum semue! Aku harap korang yang sedang membaca blog aku nih sihat sihat belake hendaknye..moge rahmat dan kasih sayang Tuhan melimpahi korang semua..amin!
Hari ni adelah hari yang ke 10 ramadan..dan genap sebulan aku di manchester..2 tahun sudah aku sempat direzkikan berpuasa di eropah jugak iaitu di france,Bohain..puasa di musim panas,aku rasa nak nangis je bila memikirkan yang akan melalui suasana itu sekali lagi..huawawaa! mana tak nya puasa 19 jam..Bila musim panas,secara langsungnya siang akan menjadi lebih panjang dan malam akan menjadi lebih pendek berbanding waktu kita di Malaysia.Jadi rutin harian aku akan bangun seawal 2 pagi kerana sejam kemudian akan masuknye waktu Subuh..jeng..jeng..jam 3 ye kekawan subuh disini..dan waktu berbukanya ialah pada jam 9.45 malam..fikir2kanlah..:))
Semasa aku di France dulu,di keranakan masih dalam pencarian Cafe,kitorang akan mengisi masa lapang dengan shooting bahan untuk TVRSA..dan waktu itu sempatlah siap satu sajak..tu pun adalah berkat kesungguhan Ibu Fatim AR dan teamnye..Kalau aku tengok balik sajak tu pasti akan gelak beguling-guling...hehehe.Jadi begitulah kitorang mengisi masa siang yang panjang..tapi berbeza pula kali ini,
Jemaah RSA sudah begitu meriah dieropah,dan GISB telah bertapak di Manchester yang terletak di Eccles..Cafe disini agak besar berbanding di London,dan boleh memuatkan 200 org serentak,insyaallah.Dan kami telah mengadakan buffet di sepanjang Ramadhan.Boleh dikatakan agak sibuk disebelah siangnya..Namun setiap tempat di mane para pejuang RSA  berada pasti diuji,macam kami disini,kadang2 pelanggan ade,ramai tak terhandle,kdg2 tak nampak batang hidung pun..biaselah tu Abuya nak bagi rasa cemas ye dok..RSA mahukan hati yang sentiasa merintih,mengharap..huhu..
 Jadi buat korang yang baca blog aku ni,jangan segan2 nak mai bukak puase disini..jemput jemputlah meriah kan Cafe Abuya sini..jOm!! hehehheee....

Wednesday, 19 June 2013

BertEmu Dan bErpiSah aDat PerjuanGan

hari ni sudah masuk hari ke dua aku berade di Manchester...5 jam dari Kota London yang sesak..Manchester bolehlah dikatakan agak tenang berbanding London.namun disudut hati aku yang paling dalam aku tetap rindukan London,..cehh,,tak payah nak feeling2 sangat lah! emm..3 hari lepas Cafe NML dan Cafe NMM{manchester} telah bergabung untuk menjayakan Expo makanan halal Global Exhibition yang berlangsung di Balham..dalam 40minit dari Greenwich.Semua warga GISB yang berade di Manchester turun..walaupun telah melalui pelbagai rintangan,tapi dihujungnye tetaplah datang!! Alhamdulillah gerai NurMuhammad mendapat sambutan yang baik..ramai jugak orang eropah ni sudah pandai makan makanan asia.Nampak mereka suka betul dengan satay,popia,karipap..Mane taknye,gerai lain semua jual makanan yang tertutup,tiba tiba orang malaysia dok tebar roti canai depan mereka,suka lah diorang..beratur nak membeli..tak tekojar eden..huh!
Pada sebelah petangnya pulak,kita terlibat dalam Malaysia food demostration..pertunjukan makanan Malaysia..bab ni pon dah satu cite..tapi dengan berkat RSA,smuanye berjalan dengan lancar..huuhu..Aku masak nasi gorang udang sambil diterangkan oleh Kak su..konon rancang nak buat api menjulang naik akibat percikan air campur minyak mcm biase kat kedai2 mamak selalu buat..tapi hampeh! tak berlaku seperti yang dirancang..yelah,kite rancang2,tetaplah Tuhan yang menentukan,macam di Malaysia,sedih jugak aku dengar,dah rancang macam2 untuk buat expo,tapi last minit cancel,adelah tu maksud Tuhan,takde sia2 Tuhan bertindak,pasti ade hikmahnye! cewwah!!..lewat petang tu kami dah boleh pulang..memang penat! satu hari tak rehat..balik tu apalagi..semua terus pitam..
Dan selepas tu berlakulah pertukaran,aku ngan Zin..sO,sekarang aku di Manchester! jadi ape2 hal lepas ni,aku akan update citer yang berlaku di sini plak..Bagaimane Islam terus berkembang dan terus menang dibumi eropah ini..Rezkikan aku Tuhan menjadi Khaulah Al Azwar yang ke2 diakhir zaman ini..Aminn!! Jap lagi kene oter balik sambal nasi lemak ngan kuah kacang asigment dari Zin,hampeh punye kawan..

Saturday, 8 June 2013

tiTtUp with kak Azi n tHe gEng!

2 hari yg lepas aku ngan kawan2 di ajak oleh kak Azi salah seorang pelanggan tetap Cafe NML utk join   menjayakan Malaysian Night dibawah program charity..emm,nama macam gempak,so aku pun memang nak tengok jugak macam mane orang2 Malaysia yang tinggal di London ni bergaul dengan masyarakat..tapi Kak Azi ni memang ramah orangnya..jadi tak hairanlah aku  bila dia dapat menggunakan dapur Kantin di bangunan Charity tu selama 2 tahun..Kak Azi banyak membantu dalam menjalankan operasi CNML..sO,malam tu kitorang pergilah ke Bromley by bow salah satu name tempat di London ni..pergi pakai tube je..senang! start dari pukul 5 hingge pukul 9 malam..aku diminta tolong masak untuk pelanggan..care kak Azi aku tengok,memang simple gile! boleh cakap lah macam main masak2..Bagi aku mudahlah berbanding Cafe NML..cuma dari segi hidangan tidaklah bbrape memuaskan,mcm tak berbaloi dgn harge pun ade gak..Aku diajar oleh Abuya untuk niat kita bukan nak berniage tapi nak berkhidmat dengan orang..jadi kalau masak tu,memang aku tak pernah berkira dalam meletakkan bahan2..kita boleh niat sedekah sekaligus..dan aku raselah bukan aku sorang je kot yang buat mcm tu..ramai lagi warge GISB yg sama fahaman macam aku..hehe :)
jadi malam tu aku dapatlah bergaul dengan staff kak Azi yang agak gile2 and sporting..samelah macam kak Azi jugak! seronok....dan penat!
ape pun aku sangat mendoakan orang yang banyak membantu perjalanan Cafe NML dirahmati dan diberkati Tuhan..Ameeennn

Tuesday, 4 June 2013

emm..dah lama aku tak update citer kat blog nih..nak kate buzy, kecil laa..macam2 yang berlaku sampai rase macam tak menyempat jer nak tulis..Cafe NML baru je didatangi Council Kebersihan London..depa datang cek kebersihan kafe..alhamdulillah,dari sudut kebersihan memang kita jage cuma ade sikit2 yang terlepas pandang..tapi bila nak masuk musim panas ni,binatang bawah tanah pun sibuk nak berjemur bawah matahari..masing2 pakat keluar..terutamanye Cik Ti (tikus laa..!) Kalau org council tu ternampak cik ti bersiar-siar kat cafe, mereka boleh keluarkan waran untuk tutup kafe kita serta merta..fuh~ alhamdulillah cafe kita tak lah seteruk tuu..Insyaallah..kami yang beberapa kerat ni akan cuba menjage dan mempertahankan premis Abuya yang ada di London ni..huhuu..Amin~
macam masuk dalam perut ibu
Minggu lepas aku dan kawan2 direzekikan melawati sebuah muzium yang terletak di queensberry..iaitu Natural History Muzium yang menempatkan sejarah awal hidupan yang ada dibumi ini..contohnya dinosour,burung,serangga,haiwan karnivor,herbivor,omnivor,bumi,planet,buruj,bulan,air,angin,tanah....dan kejadian manusia sendiri..mengikut kepercayaan Charles Darwin seorang tokoh Yahudi yang dengan ilmu teorinya itu mengatakan manusia itu berasal daripada beruk ??!!..(dia sorg je kot keturunan beruk..!) Bila aku masuk je muzium ni,sumpah macam mengimbau kenangan aku masuk Petro sains masa kat malaysia dulu..teruje kot! hahaha..Hari tu pulak memang ramai orang yg datang ke muzium tu..hari cuti kot,aku tak pasti..memang berduyun2..padat!
masuk2 je dah de replika dinasour besar
begambar depan ikan paus biru
rusa gergasi

burung unta..besar dia macam unta! haha
balik tu memang penat giler..sebab muzium ni besar..seluruh sejarah hidupan diceritakan..tapi semuanya LANGSUNG tidak dikaitkan dengan PenciptaNya..Hebatnya TUHAN yang menciptakan alam ini..semuanya dikeranakan nama NURMUHAMMAD..! Last sekali kitorang gi tempat dinosour yang paling seram! Trex...kreatif depa,buat trex tu seakan2 hidup,bergerak2..nak masuk dalam kawasan tu pun kene beratur panjang! jem teruk...tapi suara trex tu dri jauh dah dengar,budak2 kecik ramai nangis sebab ketakutan..
ada mcm wajah org takut x? hehe
kemudian sebelim balik tu aku dan kawan2 terjumpa dengan sorang mak cik ni..korang tengok gambar kat belakang tu,dia berpakaian seolah2 seperti Mary Anning salah seorg orang yang menjumpai fosil2 yang sudah beratus2 abad yang lepas..Mary Anni tu hidup masa tahun 1842 dulu..yg tu menyamar je..dia menceritakan serba sedikit tentang fosil..huhu,macam real!
memang best lah! Aku terlalu kagum dengan ciptaan Tuhan yang begitu unik.AllahuAkhbar..aku dah tak terkata...hehehe

Friday, 24 May 2013

SatU kEjadiaN

Entah kenape cuace hari terlalu sejuk berbanding biase..kalau nak ikut logik akallah patutnye dah panas! Sebab dah nak masuk musim panas..tapi pencaturan Tuhan berlaku sebaliknye..suhu hari ni mungkin 1c-3c darjah celcius..argghhh...aircond yang tak boleh nak di slowkan..huhuu
Semalam petang aku dan kawan kawan dikejutkan dengan berita yang berlaku di Woolwich,London.Berita pembunuhan seorang askar Britain..yang membunuh tu pulak orang kulit hitam berasal dari Nigeria..Beragama Islam pulak tu..haishh,sedih betul! Ditayang tajuk besar berite tu pulak,Si Pembunuh menjerit AllahuAkhbar semase sedang membunuh! Sah2 negare Yahudi,ape sahaja akan dilakukan agar Islam teruslah dianggap Militin dan ganas!.. lepas dia membunuh tu,sempat berlegar2 dengan tangan yang masih berdarah dan memegang pisau pemotong daging...eeii,macam tak de perasaan je dah bunuh orang..dan dikatakan sebab dia bunuh askar tu sebab diorang (askar2) setiap hari membunh orang Islam..Wallahu'alam..Pastu dengar2 pulak,sebahagian dari rakyat London ni buat tunjuk perasaan..bakar masjid,acu parang kat orang Islam..ganggu org Islam yang lalu lalang..Aduhh! memang sangat mencemaskan! Apa lagi,malam tu kami sama2,berkumpulan..tak pernah pernah pulak selama ni jalan sekelompok..biasenye sorang akan selang satu meter..sape paling laju,die sampai rumah dulu..hahaha
Pembunuh yg bernama micheal berbangsa Nigeria
Sampai je rumah aku terus carik berita ni kat Youtube..nak tau jugaklah cerita sebenarnye..Kalau korang nak tau,Woolwich bukan jauh pun dari rumah tamu di London ni..tak sampai setengah jam pun..dan tiap kali balik malam tu,memang akan terserempaklah dengan mat-mat hitam dan mat-mat putih..yang lagak macam samseng atau budak jahat! Name pun London kan..mestilah pusat segale kejahatan berlaku disini....yang kecik umur dalam lingkungan 10 tahun pun nak bajet jahat! Tak rase pelempang aku lagi tu! Nanti cakap aku militan pulak! Lalu je depan Cafe NML depa kan tepuk cermin kace yang kuat..buat bising depan Cafe...ade jugak yang tunjuk punggung kat kami..Uuuwweerrrkkkk.....ish..ish..ish..memang cukup kurang ajar,kurang asam,kurang penampar...Tuhan selamatkan lah kami dan mereka juga..
Pasukan yang buat tunuj perasaan rentetan askar yang dibunuh..
korang kalau nak tahu berita yang lebih lanjut carilah kat youtube ye...

Wednesday, 22 May 2013

KuE LayEr kuu..

haa..ok2..insyaallah..usai berbual aku pun  meletakkan telefon bimbit...hmmm...ade pelanggan tetap Cafe NML baru jer order 50 set karipap dan satu loyang kueh lapis..karipap tahan lagi,memang Kak Azi tu dah selalu sangat ambil order karipap frozen ngan kita..tapi bab kueh lapis ni cemas! Last aku buat kuih lapis ni mase zaman mude2 aku dahulu..(mude sketla dri skg..hehe)waktu aku belajar di bukit bintang..tu pOn tak silap aku sekali je aku pernah buat..tapi dah terlanjur berjanji kenalah buat jugakkan..mase amek order tu tak fikir pulak kan..confident terlebih!! ok..sekarang aku nak share kan cite aku ngan korang..bagaimane care membuat kuih lapis di LONDON!! jangan bayang yg best2 dulu..almaklumlah London kan..bak kate Ibu Khaulah dlm blognye di eropah ni adalah lebih susah berbanding yang lain..tanyelah pade siape yang dah pernah kesini...pasti serik nak datang lagi! Ok..dalam resepi Ibu Hajirah ni die agak unik sikit sebab menggabungkan 3 jenis tepung iaitu Tepung gandum,tepung kanji dan tepung beras..ade sukatannye nanti akhir cite aku tuliskan resepi yang lengkap ye..
ok..setelah disukat ketige2 tepung ni aku pun gaul lah rate beserta air,santan,gula..kalau nak lebih cantik adunan boleh gunakan blender...tapi aku malas,kacau je gune wist..kacau sampai hilang beketulnye.
Kemudian boleh lah dibahagikan kepade 3 bekas yang berasingan..Pastu korang letaklah warne yang korang rase cantik dan menarik..
Aku pilih warna pink dan hijau..manakala putih tu sebagai basicnye..ade org letak kuning..tiade paksaan dalam membuat..ngeee~asalkan kreatif,ye dok??
Bila dah siap..dah bole kukus..Bab kukus ni aku geli hati sket..terlalu unik! Korang bolehlah tiru kalau terdesak..Aku rase anak2 dalam jemaah ni memang terlalu kreatif kot..kat jerash lagi lah mcm2 teknik yang aku pernah tengok! belajar dari kehidupan..ingat asalkan kreatif..huhu
Tara!!! aku gune periuk biase je..letakkan mangkuk kaca didalam sbgai tapak dia,pastu tindihkan dengan loyang tadi...air jgn banyak,takut menggelegak terkena kuih...tuang bancuhan sesenduk demi sesenduk..setiap 3 minit..bawah perik tu aku letakan kain supaye air wap die tak menitik kena kuih...ok..layer yang last kite biarkan die kukus untuk 25minit...da siap!!
ok..rase pun ummpphh~ makan kuih lapis di London memang mengiurkan! Org putih pun suke dgn kuih ni..colourful! Ok..mcm yang aku janjikan,aku nak share ngan korang resepinye..selamat mencube!!

KUIH LAPIS
250gm Tepung gandum
65gm Tepung Kanji/tepung ubi
65gm Tepung beras
300gm gula halus
2 packet santan serbuk
1/2 sudu teh garam
800gm air 

Monday, 13 May 2013

Ce teka..

Nak tergelak aku bile dengar teka teki ni..orang yang menceritakan ni pun pandai berjenaka..siap dengan gaya2 lagi tu..tak kering gusi kami dibuatnya..katenye teka teki ni Abuya yang soal pade depa waktu zaman Arqam lagi,Abuya memang lah sarat dengan ilmu dan hikmah,dalam bergurau pun tak ketinggalan ilmu yang nak disampaikannya..soalannya macam ni..dalam banyak2 bahagian ayam,bahagian mane yang sedap dia tak hilang dan tak habis habis...haaa.pelik kan?? jenuh aku dan kawan2 berfikir..ade yang jawab tongkeng,sebab Abuya kan gemarkan tongkeng..ade yang jawab kepak..kakilah..ade jugak yang jawab paruh ayam (itu aku tak tau tang mana yang sedap tuu)...tapi jawapannye semua bukan! buntu!
Ape erk...fikir punye fikir akhirnya....kami pun diberikan jawapan...laaaaa...kelaka giler! korang nak tau ke ape die...senang jer ni...
jawapanye ialah bulu ayam...kenape? Sebab kalau gatal,garu pakai bulu ayam kan sedapp...dan tak kan berkurangan pun bulu tuu...hahahaahahahha.....
# jangan rase terkena tauu..#

Sunday, 12 May 2013

cObaan..

Pagi ni bb aku bertalu2 bunyi tak henti henti...blackberry biaselah,grouplah yang paling aktifnye.Meriah dengan gambar Bonda Wasilah sudah sampai di Malaysia..arghh beruntungnye Malaysia waktu ni..rase macam nak terbang balik je sekarang,nak menyaksikan bumi tanah tumpahnye darahku di limpahi barakah beliau..moge mengalirlah juga dieropah ni..tak ade ke yang baru balik dari Haramain tu nak mai eropah? kesian kami..hehehee(gurau je..)
Hari ni aku,tiqah dan iman sepakat tak nak tidur pagi..biasenye kami akan rehat sebentar bila habis je waktu syuruk sebelum kecafe,korang tau jelah kan,subuh sini ganas macam mane kan..jadi bila tak rehat tu macam2 lah aktivitinyer..contohnye hari ni kami shooting drama yang sedang dalam perancangan disiapkan..aku dan kawan2 bukanlah dikalangan orang yang berbakat atau 'terer' bahagian2 ni..lagi2 editing..boleh pecah kepale nak ngadap berjam2..sebab tu aku boleh tabik lah dengan orang yang pakar bidang nih! Namun kami ingin mengambil sedikit saham dalam menjayakan TVNM..itupun kalau lulus laa..hahaha!
Nak shooting satu part yang satu due minit je,tapi nak dapatkan satu dua minit tu kene tempoh 20minit..bayangkanlahhhhh...
adjust jangan tak adjust!

Kalau korang ade idea yang nak share ngan kami boleh jugak dialu2kan...

Thursday, 9 May 2013

BuNga BerBunGa DiMusim BunGa

Terkejut aku bile kak nira bagitau Sy Harun tolong 'mempromosi' blog aku secare percume pagi tadi..terus meningkat naik dua kali ganda page views..Terime kasih lah byk buat Sy Harun sudi mempromosikan blog aku,susah susah jer..hehe!
Hari ini cuace di London kembali sejuk..matahari tetaplah tinggi terpacak..terik,tapi panasnya tak sampai kemane..angin sejuk bertiup dengan ganas..Troli yang biasa aku gunakan untuk ke pasar pun kalau dilepaskan dari pegangan akan bergerak laju dengan sendiri..masa aku menaip ni kawan kawan yang lain dah lena diulit mimpi..aku je yang masih mengadap skrin lattop ni dan terus menekan petak2 kecil yang bertulis huruf huruf abjad..jam dah menunjukan pukul 10.45 malam..tapi aku macam berlagak seolah2 subuh nanti jam 6..Kalau korang nak tau,subuh kami jam 3.35 pagi..isyaknya jam 9.40 malam..hehe..ganas tak waktu die? tunggulah bulan puasa nanti..subuh pukul 3.30 maghrib pukul 9.30 malam..aku dah lalu waktu di Perancis 2 tahun lepas..tutup mate nak ingat balik..
Hari ni aku sempat bergambar dengan satu taman bunga..cantik2 dah bunga yang tumbuh..sepanjang jalan dirumput2 akan tumbuh bunga liar warna kuning..tumbuh tanpa perlu ditanam..hebat Tuhan kan..kan..mestilah!
oklah..mate pun aku dah semakin kuyu ni..sO selamat malam..massalamahhh

Wednesday, 8 May 2013

Pak cik yang renyah..!

hmm..rindu betul dengan blog aku nih! Dah hampir seminggu aku tak update cite kan..hehhee..baru jer seminggu,yelah semangat berblog masih membare orang kata..kenape? hmm..semenjak cik zila dan Ibu Siah sampai dari frankfurt,jualan meningkat..faktor keberkatan orang Abuya datang..makanya(lenggok ibu normah) aku pun turut sibuk..balik rumah je dah nak pukul 11 malam,sO sekadar mampu menjeling jelah kat lat top ni..
Ok! Posting aku kali ni aku nak share ngan korang pasal salah seorang tetamu yang datang ke Cafe NML.Setiap tetamu yang datang ke Premis Abuya diLondon ini pasti mempunyai niat2 tertentu..ade yang tujuannye memang nak makan..ada yang datang nak minta makanan percuma..ada yang nak bersembang..ade yang berurus niage..ade jugak datang nak carik bini!!!! BETUL....! Kisahnye macam ni..sejak aku berade dieropah ni,tak pernah aku dengar lagi orang cakap tak suke dengan rakyat Malaysia..semuanye suke! baikla..lemah lembutlaa...sopan santun laa...yang tu betul lah kan,,kan,,tapi yang peliknye depa cakap aku yang lembut?hahaha..memang aku tergelak teruk kalau teringat..kalau depa kenal lah perangai aku yang sebenar..fUh..mesti tobat tak sudah tu..huhu..tak caye tanye Zin Maarof..die selalu ckp.."aku kenal kO lah Kir.."...(melencong jauh jap..hahaha).Hasil dari itu mereka pun bercite2lah nak beristerikan orang Malaysia..Bab ni aku boleh hilang sabar..mane taknye,ingat kawen tu mcm masak nasi ke? Lagi dorang tambah semangat bile kite cerita tentang OWC(obedient wife club)..boleh mintak kite carikan pula tuu..ade ke sepupu2,adik beradik aku yang boleh dikenenkan dengannye..terbayang wajah garang pikah adik aku kalau dengar cite nih..hahaha..Boleh naik migrain aku ni..Dengan muke yang manis,aku pun cakap dengan Si Pak Cik renyah tu..U can go to Malaysia and find it yourself..perghhh..kalO masih tak faham tu aku tak tahu laahh...Tikah pun ade tambah juga..kami bukan agensi mencari jodoh..cuma OWC boleh bantu bahagian nasihat..aku harap Pak cik tu fahamlaaa..kalau tak tak tahu lahh.hah!..itulah salah satu kisah aku dan kawan2 disini...tak larat nak menghadapi orang2 yang berwatak begini..Bile Pak Cik2 yang berwatak begini datang je kat cafe,kami semue pakat2 kate dah kawen..hahaha,elak punye pasal!..Seram dohhh...Oklah kan? untuk keselamatan jugak..Oklah,sampai sini jer yang aku nak kongsikan ngan korang..nanti aku update lagi ok! jangan lah jemu bace tau..huuhuu..jap lagi nak ke hyde park,,shooting2 islam!..

Friday, 3 May 2013

Tak Balik mengundi Keee...

Bahang PRU13 semakin terase..debarannya kian memuncak..tinggal beberape hari saja lagi..masing2 sibuk berkempen mewakili partinya sendiri..Umno berkempen dgn caranya..Pas juga berkempen dengan caranya sendiri..diwaktu ini masing2 saling melondehkan pihak pembangkang mahupun kerajaan..seolah2 janji aku menang walaupun dgn taktik yang kotor sebegitu..rakyat menjadi semakin hilang kepercayaan dengan kerajaan yang bakal memerintah! Aku yang duduk di London ketika ini pun turut merasai 'bahangnya'..pernah ade pelanggan yang datang kerestoran Cafe NML ini bertanya kat aku..ehh u tak balik mengundi ke(orang cina..almaklumlah bahasanye)..Aku mencebik..huh! tak nak undi pOn..malas! selamba jer aku jawab mcm tu...perempuan cina itu pun menyambung lagi..saya pun sudah malas mau mengundi..sekarang haa pembangkang atau kerajaan semua sudah tak bagus..saya tak kisah laa siapa pun menang..janji mau peace life..janji aman..tak mau gaduh2 mcm sekarang..contoh mcm Najib,saya tak suka dia..banyak makan duit rakyat..Aku yang mendengar dia cakap mcm tu ape lagi aku pun menambahlah..betul2..Kerajaan Malaysia sekarang banyak berhutang sebab 1 malaysia yang dianjurkan oleh Najib..(panjang lagi sebenarnye perbualan aku dengan die..lebih kurang 1 jam die bersembang dengan kami..seolah pulang kekampung katanya..hahaa).hmmmm....rakyat pun dah semakin keliru dengan Kerajaan yang cuma mahukan kerusi untuk memerintah..mahukan kuasa,wang pangkat dan kedudukan..Tiade lagi bayangan pemimpin seperti yang dipilih Tuhan,seperti Rasul2,Para Khulafa' ArRashidin..Oh! Tuhan,,,datangkan lah segera pemimpin yang ditunggu2 iaitu Abuya dan Saidi yang akan memerintah dunia dengan aman makmur..Kini dunia terutama Malaysia sedang menunggu kepulangan seorang Ratu tanpa Mahkota yang menjadi Wasilah antara RSA..A tolong islamkan Malaysia!!