Monday 6 January 2014

KonstantinopLe

hmm....setelah hampir 2 bulan aku menahan diri dari menulis..hari ini aku dapat peluang melepaskan rindu kat blog sendiri..hhuhuhuu..aku seakan akan kembali bernyawa bila melangkah masuk kedalam rumah tamu turki ini..bukannye jasad aku yang mati..tapi roh yang tenat!! Namun atas dasar kasih sayang Tuhan yang Maha Baik telah menemukan aku dengan doktor yang pakar dalam mengubati penyakit seperti yang aku hidapi ini..Terima Kasih Tuhan!!
Kini aku masih lagi bergelar sebagai seorang musafir kelana..ramai yang tanya pade aku..hai,tak nak balik dah ke..ataupun,dah lupa negara sendiri?! lebih kurang macam tu lah ayatnye..bohonglah kalau aku katakan yang aku tak rindu negara sendiri..namun untuk pulang ketanah air itu belum lagi aku rasakan..melihatkan kegagahan,keunikan dan kecantikan negara Turki ini membuatkan aku semakin sayang hendak meninggalkannya.Negara yang mempunyai orang yang baik baik belaka.hasil dari keturunan yang baik.Negara yang pernah melakarkan sejarah yang begitu agung.kehebatan seorang pemimpin,ketaatan yang luar biasa tentera dan rakyatnya.Dan berlakunya itu adalah dikeranakan oleh sebuah Hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda memecahkan batu bata dalam perang Khandak bahawasanya Kota Konstantinople ini akan ditawan oleh seorang Raja yang sebaik baik Raja,Tentera yang sebaik baik terntera dan rakyat yang sebaik baik rakyat.Dan bermula dari itu berlumba lumbalah Para Sahabat menagih khabar berita dari Tuhan itu.Namun usaha mereka menemui kegagalan demi kegagalan sehinggalah 600 tahun selepas itu.Dan Kota Kostantinople berjaya ditawan oleh Sultan Mohd AlFateh.Berlakulah janji yang Tuhan khabarkan melalui lidah Nabinya.
Kalau aku nak ceritakan sejarah penakhlukan kota ini memang panjang..tak larat eden nak menulisnya..jadi aku syorkan kat korang tak yah susah2  korang bukak jer link ni,Blog Matahati..insyaallah lagi padat dan memuaskan hati korang sumer..                                                      http://matahati313.blogspot.com/2013/12/sultan-muhammad-ra-conqueror.html
Kagumnye aku melihatkan semangat juang mereka ini..sanggup menggadaikan nyawa asal tertegaknya Islam yang berdaulat.Wahhhhhh...jauhnye beza dengan diri aku ni..hmmmmmm.Moga dengan berkat bumi yang menempatkan Saidina Abu Ayyub Al Ansari ini dan Sultan Mohd Al Fateh dapatlah menjadikan aku sebagai seorang pejuang yang sejati..aminnn!

No comments:

Post a Comment