Tuesday, 30 July 2013

gUd byE UK..

fuh..perjalanan hari ini sungguh meletihkan aku,hahaha,bukan aku yang drive pon..tapi penat die over betol..perjalanan dari manchester ke london dengan menaiki bas mengambil masa selama 5 jam..hmm,ditambah tambah dengan puasa lagi,perut kami semua kembung..hehe,itulah cabaran untuk orang yang berpuasa,moga ade nilaian disisi Tuhan..aminn
Sepanjang 5 jam aku duduk di kerusi bas National Express..memang boleh naik kematu punggung aku..kesian dengan ibu normah yang duduk disebelah aku..pasti lagi lagi lah penat ye dak..hari ni hari terakhir kami bersama2 di UK ni..sebabnya esok Ibu Normah dan Nusaibah atau lebih mesra dipanggil Sebah akan pulang ketanah air tercinta..\Oh Malaysia..rindunya..huawawaawaa..
Dan kelusaan harinya giliran aku pulak keluar dari UK..insyaallah destinasi aku ke Paris..Boujour Paris! Rasa macam baru seminggu dua aku berada di UK ni..macam2 dah aku lalui..pahit manis..emm,kalau diingat balik,mesti orang akan tegur..weyy..asal senyum sorang2 tu..huhu..Namun begitulah kita yang berada dalam perjuangan ini..pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lazim hidupan yang harus ditempuh.Sedih pastilah ada..entah bila akan bertemu lagi..dengar2 sorang dah ke Jepun,sorang dah ke Dubai...Pakistan,india..kalau india tu aku taulah,destinasi favourite Zinnirah Maarof..fames dia hari ni,baca berita untuk United Kingdom..fuh,atas dasar nama pun dah cukup gah..moga berlakulah seperti apa yang Tuhan nak..ditangan kami remaja2 Islam yg bercita2 nak jadi Pembela Allah dan Rasul..amin!!

Wednesday, 17 July 2013

sENYuM sImPuL

10 PERKARA TENTANG AWAK.

1. awak sedang baca text ini.

2. awak adalah manusia.

3. awak tak dapat sebut huruf "P'' kalau bibir awak tidak bersentuh...

4. awak baru saja try buat.

6.awak ketawa sendiri.

7.awak senyum dan perasan no5 tak ada.

8. awak pun cek kalau ada no 5.

9. awak ketawa sendiri sambil tersenyum.

10. awak mahu share text ini supaya orang lain pun  terkena.awak awak awak 
awak awak
awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak

11. awak  memang malas untuk baca semua perkataan diatas.

12. awak tak perasan saya tulis awek.

13. awak pon terus cari perkataan awek,sebenarnya tak de pon..hehe

14. awak sudah terkena!!

15. awak sharelah supaya kawan kawan awak pun terkena sekali..tak kan awak nak terkena seorang je..

hehehehee...jangan marah ye! 

RaMadHan DataNg Lagi..

assalamuailaikum semue! Aku harap korang yang sedang membaca blog aku nih sihat sihat belake hendaknye..moge rahmat dan kasih sayang Tuhan melimpahi korang semua..amin!
Hari ni adelah hari yang ke 10 ramadan..dan genap sebulan aku di manchester..2 tahun sudah aku sempat direzkikan berpuasa di eropah jugak iaitu di france,Bohain..puasa di musim panas,aku rasa nak nangis je bila memikirkan yang akan melalui suasana itu sekali lagi..huawawaa! mana tak nya puasa 19 jam..Bila musim panas,secara langsungnya siang akan menjadi lebih panjang dan malam akan menjadi lebih pendek berbanding waktu kita di Malaysia.Jadi rutin harian aku akan bangun seawal 2 pagi kerana sejam kemudian akan masuknye waktu Subuh..jeng..jeng..jam 3 ye kekawan subuh disini..dan waktu berbukanya ialah pada jam 9.45 malam..fikir2kanlah..:))
Semasa aku di France dulu,di keranakan masih dalam pencarian Cafe,kitorang akan mengisi masa lapang dengan shooting bahan untuk TVRSA..dan waktu itu sempatlah siap satu sajak..tu pun adalah berkat kesungguhan Ibu Fatim AR dan teamnye..Kalau aku tengok balik sajak tu pasti akan gelak beguling-guling...hehehe.Jadi begitulah kitorang mengisi masa siang yang panjang..tapi berbeza pula kali ini,
Jemaah RSA sudah begitu meriah dieropah,dan GISB telah bertapak di Manchester yang terletak di Eccles..Cafe disini agak besar berbanding di London,dan boleh memuatkan 200 org serentak,insyaallah.Dan kami telah mengadakan buffet di sepanjang Ramadhan.Boleh dikatakan agak sibuk disebelah siangnya..Namun setiap tempat di mane para pejuang RSA  berada pasti diuji,macam kami disini,kadang2 pelanggan ade,ramai tak terhandle,kdg2 tak nampak batang hidung pun..biaselah tu Abuya nak bagi rasa cemas ye dok..RSA mahukan hati yang sentiasa merintih,mengharap..huhu..
 Jadi buat korang yang baca blog aku ni,jangan segan2 nak mai bukak puase disini..jemput jemputlah meriah kan Cafe Abuya sini..jOm!! hehehheee....

Wednesday, 19 June 2013

BertEmu Dan bErpiSah aDat PerjuanGan

hari ni sudah masuk hari ke dua aku berade di Manchester...5 jam dari Kota London yang sesak..Manchester bolehlah dikatakan agak tenang berbanding London.namun disudut hati aku yang paling dalam aku tetap rindukan London,..cehh,,tak payah nak feeling2 sangat lah! emm..3 hari lepas Cafe NML dan Cafe NMM{manchester} telah bergabung untuk menjayakan Expo makanan halal Global Exhibition yang berlangsung di Balham..dalam 40minit dari Greenwich.Semua warga GISB yang berade di Manchester turun..walaupun telah melalui pelbagai rintangan,tapi dihujungnye tetaplah datang!! Alhamdulillah gerai NurMuhammad mendapat sambutan yang baik..ramai jugak orang eropah ni sudah pandai makan makanan asia.Nampak mereka suka betul dengan satay,popia,karipap..Mane taknye,gerai lain semua jual makanan yang tertutup,tiba tiba orang malaysia dok tebar roti canai depan mereka,suka lah diorang..beratur nak membeli..tak tekojar eden..huh!
Pada sebelah petangnya pulak,kita terlibat dalam Malaysia food demostration..pertunjukan makanan Malaysia..bab ni pon dah satu cite..tapi dengan berkat RSA,smuanye berjalan dengan lancar..huuhu..Aku masak nasi gorang udang sambil diterangkan oleh Kak su..konon rancang nak buat api menjulang naik akibat percikan air campur minyak mcm biase kat kedai2 mamak selalu buat..tapi hampeh! tak berlaku seperti yang dirancang..yelah,kite rancang2,tetaplah Tuhan yang menentukan,macam di Malaysia,sedih jugak aku dengar,dah rancang macam2 untuk buat expo,tapi last minit cancel,adelah tu maksud Tuhan,takde sia2 Tuhan bertindak,pasti ade hikmahnye! cewwah!!..lewat petang tu kami dah boleh pulang..memang penat! satu hari tak rehat..balik tu apalagi..semua terus pitam..
Dan selepas tu berlakulah pertukaran,aku ngan Zin..sO,sekarang aku di Manchester! jadi ape2 hal lepas ni,aku akan update citer yang berlaku di sini plak..Bagaimane Islam terus berkembang dan terus menang dibumi eropah ini..Rezkikan aku Tuhan menjadi Khaulah Al Azwar yang ke2 diakhir zaman ini..Aminn!! Jap lagi kene oter balik sambal nasi lemak ngan kuah kacang asigment dari Zin,hampeh punye kawan..

Saturday, 8 June 2013

tiTtUp with kak Azi n tHe gEng!

2 hari yg lepas aku ngan kawan2 di ajak oleh kak Azi salah seorang pelanggan tetap Cafe NML utk join   menjayakan Malaysian Night dibawah program charity..emm,nama macam gempak,so aku pun memang nak tengok jugak macam mane orang2 Malaysia yang tinggal di London ni bergaul dengan masyarakat..tapi Kak Azi ni memang ramah orangnya..jadi tak hairanlah aku  bila dia dapat menggunakan dapur Kantin di bangunan Charity tu selama 2 tahun..Kak Azi banyak membantu dalam menjalankan operasi CNML..sO,malam tu kitorang pergilah ke Bromley by bow salah satu name tempat di London ni..pergi pakai tube je..senang! start dari pukul 5 hingge pukul 9 malam..aku diminta tolong masak untuk pelanggan..care kak Azi aku tengok,memang simple gile! boleh cakap lah macam main masak2..Bagi aku mudahlah berbanding Cafe NML..cuma dari segi hidangan tidaklah bbrape memuaskan,mcm tak berbaloi dgn harge pun ade gak..Aku diajar oleh Abuya untuk niat kita bukan nak berniage tapi nak berkhidmat dengan orang..jadi kalau masak tu,memang aku tak pernah berkira dalam meletakkan bahan2..kita boleh niat sedekah sekaligus..dan aku raselah bukan aku sorang je kot yang buat mcm tu..ramai lagi warge GISB yg sama fahaman macam aku..hehe :)
jadi malam tu aku dapatlah bergaul dengan staff kak Azi yang agak gile2 and sporting..samelah macam kak Azi jugak! seronok....dan penat!
ape pun aku sangat mendoakan orang yang banyak membantu perjalanan Cafe NML dirahmati dan diberkati Tuhan..Ameeennn

Tuesday, 4 June 2013

emm..dah lama aku tak update citer kat blog nih..nak kate buzy, kecil laa..macam2 yang berlaku sampai rase macam tak menyempat jer nak tulis..Cafe NML baru je didatangi Council Kebersihan London..depa datang cek kebersihan kafe..alhamdulillah,dari sudut kebersihan memang kita jage cuma ade sikit2 yang terlepas pandang..tapi bila nak masuk musim panas ni,binatang bawah tanah pun sibuk nak berjemur bawah matahari..masing2 pakat keluar..terutamanye Cik Ti (tikus laa..!) Kalau org council tu ternampak cik ti bersiar-siar kat cafe, mereka boleh keluarkan waran untuk tutup kafe kita serta merta..fuh~ alhamdulillah cafe kita tak lah seteruk tuu..Insyaallah..kami yang beberapa kerat ni akan cuba menjage dan mempertahankan premis Abuya yang ada di London ni..huhuu..Amin~
macam masuk dalam perut ibu
Minggu lepas aku dan kawan2 direzekikan melawati sebuah muzium yang terletak di queensberry..iaitu Natural History Muzium yang menempatkan sejarah awal hidupan yang ada dibumi ini..contohnya dinosour,burung,serangga,haiwan karnivor,herbivor,omnivor,bumi,planet,buruj,bulan,air,angin,tanah....dan kejadian manusia sendiri..mengikut kepercayaan Charles Darwin seorang tokoh Yahudi yang dengan ilmu teorinya itu mengatakan manusia itu berasal daripada beruk ??!!..(dia sorg je kot keturunan beruk..!) Bila aku masuk je muzium ni,sumpah macam mengimbau kenangan aku masuk Petro sains masa kat malaysia dulu..teruje kot! hahaha..Hari tu pulak memang ramai orang yg datang ke muzium tu..hari cuti kot,aku tak pasti..memang berduyun2..padat!
masuk2 je dah de replika dinasour besar
begambar depan ikan paus biru
rusa gergasi

burung unta..besar dia macam unta! haha
balik tu memang penat giler..sebab muzium ni besar..seluruh sejarah hidupan diceritakan..tapi semuanya LANGSUNG tidak dikaitkan dengan PenciptaNya..Hebatnya TUHAN yang menciptakan alam ini..semuanya dikeranakan nama NURMUHAMMAD..! Last sekali kitorang gi tempat dinosour yang paling seram! Trex...kreatif depa,buat trex tu seakan2 hidup,bergerak2..nak masuk dalam kawasan tu pun kene beratur panjang! jem teruk...tapi suara trex tu dri jauh dah dengar,budak2 kecik ramai nangis sebab ketakutan..
ada mcm wajah org takut x? hehe
kemudian sebelim balik tu aku dan kawan2 terjumpa dengan sorang mak cik ni..korang tengok gambar kat belakang tu,dia berpakaian seolah2 seperti Mary Anning salah seorg orang yang menjumpai fosil2 yang sudah beratus2 abad yang lepas..Mary Anni tu hidup masa tahun 1842 dulu..yg tu menyamar je..dia menceritakan serba sedikit tentang fosil..huhu,macam real!
memang best lah! Aku terlalu kagum dengan ciptaan Tuhan yang begitu unik.AllahuAkhbar..aku dah tak terkata...hehehe

Friday, 24 May 2013

SatU kEjadiaN

Entah kenape cuace hari terlalu sejuk berbanding biase..kalau nak ikut logik akallah patutnye dah panas! Sebab dah nak masuk musim panas..tapi pencaturan Tuhan berlaku sebaliknye..suhu hari ni mungkin 1c-3c darjah celcius..argghhh...aircond yang tak boleh nak di slowkan..huhuu
Semalam petang aku dan kawan kawan dikejutkan dengan berita yang berlaku di Woolwich,London.Berita pembunuhan seorang askar Britain..yang membunuh tu pulak orang kulit hitam berasal dari Nigeria..Beragama Islam pulak tu..haishh,sedih betul! Ditayang tajuk besar berite tu pulak,Si Pembunuh menjerit AllahuAkhbar semase sedang membunuh! Sah2 negare Yahudi,ape sahaja akan dilakukan agar Islam teruslah dianggap Militin dan ganas!.. lepas dia membunuh tu,sempat berlegar2 dengan tangan yang masih berdarah dan memegang pisau pemotong daging...eeii,macam tak de perasaan je dah bunuh orang..dan dikatakan sebab dia bunuh askar tu sebab diorang (askar2) setiap hari membunh orang Islam..Wallahu'alam..Pastu dengar2 pulak,sebahagian dari rakyat London ni buat tunjuk perasaan..bakar masjid,acu parang kat orang Islam..ganggu org Islam yang lalu lalang..Aduhh! memang sangat mencemaskan! Apa lagi,malam tu kami sama2,berkumpulan..tak pernah pernah pulak selama ni jalan sekelompok..biasenye sorang akan selang satu meter..sape paling laju,die sampai rumah dulu..hahaha
Pembunuh yg bernama micheal berbangsa Nigeria
Sampai je rumah aku terus carik berita ni kat Youtube..nak tau jugaklah cerita sebenarnye..Kalau korang nak tau,Woolwich bukan jauh pun dari rumah tamu di London ni..tak sampai setengah jam pun..dan tiap kali balik malam tu,memang akan terserempaklah dengan mat-mat hitam dan mat-mat putih..yang lagak macam samseng atau budak jahat! Name pun London kan..mestilah pusat segale kejahatan berlaku disini....yang kecik umur dalam lingkungan 10 tahun pun nak bajet jahat! Tak rase pelempang aku lagi tu! Nanti cakap aku militan pulak! Lalu je depan Cafe NML depa kan tepuk cermin kace yang kuat..buat bising depan Cafe...ade jugak yang tunjuk punggung kat kami..Uuuwweerrrkkkk.....ish..ish..ish..memang cukup kurang ajar,kurang asam,kurang penampar...Tuhan selamatkan lah kami dan mereka juga..
Pasukan yang buat tunuj perasaan rentetan askar yang dibunuh..
korang kalau nak tahu berita yang lebih lanjut carilah kat youtube ye...