Monday, 6 January 2014

KonstantinopLe

hmm....setelah hampir 2 bulan aku menahan diri dari menulis..hari ini aku dapat peluang melepaskan rindu kat blog sendiri..hhuhuhuu..aku seakan akan kembali bernyawa bila melangkah masuk kedalam rumah tamu turki ini..bukannye jasad aku yang mati..tapi roh yang tenat!! Namun atas dasar kasih sayang Tuhan yang Maha Baik telah menemukan aku dengan doktor yang pakar dalam mengubati penyakit seperti yang aku hidapi ini..Terima Kasih Tuhan!!
Kini aku masih lagi bergelar sebagai seorang musafir kelana..ramai yang tanya pade aku..hai,tak nak balik dah ke..ataupun,dah lupa negara sendiri?! lebih kurang macam tu lah ayatnye..bohonglah kalau aku katakan yang aku tak rindu negara sendiri..namun untuk pulang ketanah air itu belum lagi aku rasakan..melihatkan kegagahan,keunikan dan kecantikan negara Turki ini membuatkan aku semakin sayang hendak meninggalkannya.Negara yang mempunyai orang yang baik baik belaka.hasil dari keturunan yang baik.Negara yang pernah melakarkan sejarah yang begitu agung.kehebatan seorang pemimpin,ketaatan yang luar biasa tentera dan rakyatnya.Dan berlakunya itu adalah dikeranakan oleh sebuah Hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda memecahkan batu bata dalam perang Khandak bahawasanya Kota Konstantinople ini akan ditawan oleh seorang Raja yang sebaik baik Raja,Tentera yang sebaik baik terntera dan rakyat yang sebaik baik rakyat.Dan bermula dari itu berlumba lumbalah Para Sahabat menagih khabar berita dari Tuhan itu.Namun usaha mereka menemui kegagalan demi kegagalan sehinggalah 600 tahun selepas itu.Dan Kota Kostantinople berjaya ditawan oleh Sultan Mohd AlFateh.Berlakulah janji yang Tuhan khabarkan melalui lidah Nabinya.
Kalau aku nak ceritakan sejarah penakhlukan kota ini memang panjang..tak larat eden nak menulisnya..jadi aku syorkan kat korang tak yah susah2  korang bukak jer link ni,Blog Matahati..insyaallah lagi padat dan memuaskan hati korang sumer..                                                      http://matahati313.blogspot.com/2013/12/sultan-muhammad-ra-conqueror.html
Kagumnye aku melihatkan semangat juang mereka ini..sanggup menggadaikan nyawa asal tertegaknya Islam yang berdaulat.Wahhhhhh...jauhnye beza dengan diri aku ni..hmmmmmm.Moga dengan berkat bumi yang menempatkan Saidina Abu Ayyub Al Ansari ini dan Sultan Mohd Al Fateh dapatlah menjadikan aku sebagai seorang pejuang yang sejati..aminnn!

Tuesday, 29 October 2013

KeLuarGe AngKatQ..


Salam semue..Aku doakan korang sentiaselah ye dalam keadaan yang sihat sejahtera..kalau ade yang tak berape nak sihat tu,sabar sikit..insyaallah sakit tu akan menjadi penghapusan dosa buat korang..amin..
Post kali ni aku nak ceritakan tentang keluarge angkat aku di Frankfurt ni..Namanya Zahrah..warganegara jerman..orangnya baik sangat..lagi bestnye Zahrah ni dah lame hidup berpoligami..madunye jugak org jerman,namanya Iman..mereka masing2 ade sejarah atau cerita macam mane boleh berminat menukar agama asalnya kepada agama Islam..Hidayah tu kan milik Tuhan...Khusyuk betul bila mendengar cerita mereka..dengan rintangan dari ahli keluarge sendri..sedihkan,ade ahli keluarge sendri yang masih kafir..(sub..sub..isk.)
 Zahrah sekeluarga rajin melayan kami....bawa kami jalan2..makan2..dah anggap mcm keluarge sendiri pulak..lepaslah rindu pada keluarge sendiri kat malaysia nun...hehe....

emmm....sedih pulak nak berpisah...huhu...tapi dah adat org berjuang kan...insyaalah ade mase nanti kita jumpa lagi! amennn.....jumpa mak mentue! kuangkuangkuang...

Sunday, 20 October 2013

Aku diLeMa..

hmm..aku baru sahaja selesai program skype bersama Tuan Nasir dalam Rangkaian Eropah..Waahh..teruje sungguh bila mendengarkan berita berita di sampaikan dari mereka..(Turki,Paris,London,Manchester dan Frankfurt) Benarlah kata Rasulullah bahawa Islam pasti menang..secara tak langsung ianya membakar semangat aku yang kian mengendur ini..Ya Allah,bila terkenangkan balik zaman Rasulullah dan Para sahabat dahulu,mereka sanggup bermati matian untuk Islam..kerana jasa mereka mereka itulah Islam itu sampai kepada aku hari ini..Malu sungguh bila mengenangkan balik perangai aku yang lemah berjuang ni..huhuuhuuhuu
Berbalik kepada title post aku kali ni..aku dilema,hmmm....separuh hati nak balik Malaysia..Uwarghhh....separuh hati lagi nak sambung musafir sebagai seorang kelana...Istanbul aku datang!!....ape ape pon..aku kene tunggu hujung bulan ni...apa keputusannye..Ya Allah!! bantulah aku.....!

Friday, 18 October 2013

XPDC @Frankfurt

Hari ini terasa sungguh sejuk berbanding biasa..suhu 7c..ditambah dengan hujan yang kerap turun sejak 2 hari ini..bertambah tambah lah sejuk dibuatnya..huhu.Bila dah sejuk begini makanye berlapis lapislah baju yang dipakai..kuranglah sedikit sejuknye.Bulan ni merupakan bulan yang terakhir untuk aku berada di Frankfurt ini..hujung bulan ni genaplah 3 bulan aku dieropah ni..Selepas itu aku tidak tahu kemana aku akan berada,mungkin akan menyambung berkelana kenegara yang lain atau pulang ketanah air yang cukup aku rindukan.....hmm..aku tiada topik pon sebenarnya nak dikongsikan..dah lame hilang mood menaip..sO aku just nak share gambar aku yang terbaru..kitorang pergi xpdc dibandar tertua di  Frankfurt...





Thursday, 12 September 2013

BuaT TeManKu AtiQah..

Salam semua..hari ni 12hb September..hari yang aku paling teruje,sedih,gembira dan macam2 lagi perasaan yg ade dalam hati aku ni..mane taknye member kamceng aku Atiqah Zainuddin selamat diijabkabulkan dengan pasangannye Tuan Azri..Tahniah! tapi sedihnye kami tak ade..huawawa..aku hanya dapat melihat dia menikah melalui live streaming..mekasih banyak buat saudare Afdhol yang susah payah menyetupkan live stream tuu..(selambe je aku memelayukan bahase inggeris)...
Rasa macam nak nangis je..dah lah suasana di Frankfurt di waktu akad nikah tu dijalankan hujan turun dengan lebatnyer..memang betul2 tradis..alahai hati...Buat temanku Atiqah Selamat pengantin baru ye..moge dapat menjadi serikandi dan bidadari buat Suamimu...insyaallah doa akan sentiase aku panjatkan buat dikau..cehh..sastera sungguh! hadiah kau aku bagi bile jumpe kat Malaysia nanti ye.....heehehe

Tuesday, 30 July 2013

gUd byE UK..

fuh..perjalanan hari ini sungguh meletihkan aku,hahaha,bukan aku yang drive pon..tapi penat die over betol..perjalanan dari manchester ke london dengan menaiki bas mengambil masa selama 5 jam..hmm,ditambah tambah dengan puasa lagi,perut kami semua kembung..hehe,itulah cabaran untuk orang yang berpuasa,moga ade nilaian disisi Tuhan..aminn
Sepanjang 5 jam aku duduk di kerusi bas National Express..memang boleh naik kematu punggung aku..kesian dengan ibu normah yang duduk disebelah aku..pasti lagi lagi lah penat ye dak..hari ni hari terakhir kami bersama2 di UK ni..sebabnya esok Ibu Normah dan Nusaibah atau lebih mesra dipanggil Sebah akan pulang ketanah air tercinta..\Oh Malaysia..rindunya..huawawaawaa..
Dan kelusaan harinya giliran aku pulak keluar dari UK..insyaallah destinasi aku ke Paris..Boujour Paris! Rasa macam baru seminggu dua aku berada di UK ni..macam2 dah aku lalui..pahit manis..emm,kalau diingat balik,mesti orang akan tegur..weyy..asal senyum sorang2 tu..huhu..Namun begitulah kita yang berada dalam perjuangan ini..pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lazim hidupan yang harus ditempuh.Sedih pastilah ada..entah bila akan bertemu lagi..dengar2 sorang dah ke Jepun,sorang dah ke Dubai...Pakistan,india..kalau india tu aku taulah,destinasi favourite Zinnirah Maarof..fames dia hari ni,baca berita untuk United Kingdom..fuh,atas dasar nama pun dah cukup gah..moga berlakulah seperti apa yang Tuhan nak..ditangan kami remaja2 Islam yg bercita2 nak jadi Pembela Allah dan Rasul..amin!!

Wednesday, 17 July 2013

sENYuM sImPuL

10 PERKARA TENTANG AWAK.

1. awak sedang baca text ini.

2. awak adalah manusia.

3. awak tak dapat sebut huruf "P'' kalau bibir awak tidak bersentuh...

4. awak baru saja try buat.

6.awak ketawa sendiri.

7.awak senyum dan perasan no5 tak ada.

8. awak pun cek kalau ada no 5.

9. awak ketawa sendiri sambil tersenyum.

10. awak mahu share text ini supaya orang lain pun  terkena.awak awak awak 
awak awak
awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak

11. awak  memang malas untuk baca semua perkataan diatas.

12. awak tak perasan saya tulis awek.

13. awak pon terus cari perkataan awek,sebenarnya tak de pon..hehe

14. awak sudah terkena!!

15. awak sharelah supaya kawan kawan awak pun terkena sekali..tak kan awak nak terkena seorang je..

hehehehee...jangan marah ye!