- BETUL KE..WAHAI WANITA..???siapa kata jadi perempuan tu senang?
SeRiKaNDi KeLaNa
..berkelananya aku untuk mencari redho Tuhanku..
Tuesday, 6 May 2014
Oh Perempuan...
Saturday, 12 April 2014
Selamat Pengantin Baru Wahai Imamku..
Kicauan burung burung yang
sedang terbang ke sarang masing masing menarik perhatiannya. Hanani berhenti
seketika di sisi tingkap rumah kecil itu untuk menikmati kebesaran Allah. Sungguh menenangkan....
Angin angin sepoi bahasa yang menyapa pipi gebu itu menambahkan rasa
shahdu pada petang itu.
"Dah nak menjelang maghrib ni
Walidah..." Tegur satu suara halus dari balik pintu. Hannah menoleh
sebentar ke arah suara itu. Dia tersenyum. Layinnah, anak daranya yang baru
berumur 16 tahun itu sudah sedia dengan telekung. Telekung dari sutera, jahitan
tangan itu adalah hadiah dari Walidnya.
"Walidah tahu sayang, Saja berhenti
sekejap tengok burung burung tu terbang pulang.."Hanani memberitahu tanpa
di tanya. "Adik adik dah siap semua?" Dia bertanya pula. Soalannya
hanya dijawab oleh anggukan oleh Layinnah. Hanani tersenyum lagi.
"Walidah siap sekejap. Ninah tolong
tengok tengokkan adik adik di musollah ya," dia memesan. Sekali lagi anak
gadisnya mengangguk lalu pintu bilik itu dirapatkan sedikit sebelum tubuhnya
berlalu menuju ke musolla di bahagian belakang rumah itu.
" Walid balik lambat lagi ke
Walidah?" Tanya Nusaibah seusai mereka mengaji berjemaah selepas Isya.
Hanani mengangguk.
"Ibah dah ngantuk ni Walidah..boleh
tak kalau Ibah masuk tidur dahulu? Tak larat rasanya nak menunggu Walid untuk
makan malam." Rengek anak kecil berusia 10 tahun itu.
"Dah dua malam Ibah tak makan
bersama-sama. Ibah betul nak masuk tidur ni?" Soal Hanani. Jelas kelihatan
wajah kepenatan anaknya. Apa tidaknya, seminggu ni, Nusaibah giat berlatih
untuk hari sukan sekolahnya. Dek kerana kepenatan, dia tidak dapat menanti
kepulangan walidnya. Padahal lazimnya, dialah yang setia menanti. Sekadar dapat
makan bersama kemudian bermanja sedikit sebelum dia pamit untuk masuk tidur.
"Ibah tidur ya Walidah? Esok Ibah
jumpa Walid waktu Subuh insya Allah..Hanani hanya senyum nipis. Kesian Ibah,
tak dapat jumpa Walid...Dan Hanani tahu, esok tentu Ibah akn menunggu Walidnya
awal awal lagi di musollah ini kerana selepas solat Subuh saja, dia dan Awal,
adik lelakinya akan dijemput oleh pemandu bas sekolah mereka. Tak pernah sempat
untuk anak anak itu bersarapan bersama Walid mereka.
" Along pun letih hari ni
Walidah. Along pun nak minta izin masuk tidur awal. Kerja sekolah adik adik
semua Along dah periksa. Lauk pauk pun Along dah panaskan. Bolehkan Walidah,
Along nak masuk tidur?" Layinnah pula mendekati Hanani. Pipi Layinnah
disentuh lembut. Ada perasaan hiba yang datang bertandang di hati Hanani. Namun
cepat cepat diusirnya.
"Pergilah tidur. Seharian along
tolong Walidah, tentu penat. Awal pun macam dah mengantuk saja Walidah tengok.
Tadi masa mengaji pun, suara dia tak ada.."Beritahu Hanani.
"Awal beritahu Along tadi, dia
letih pasal tolong cikgu bersihkan kawasan."
"Suruhlah dia masuk tidur je
Along..walidah tak rasa dia nmak makan malam dengan Walid. Tadi Walidah nampak
dia makan sandwich sebelum Magrib..kenyang dah tu, insya Allah."
"No problem," Layinnah
tersenyum. Tubuh Awal yang sedang berbaring di sisi musolla dicuitnya.
"Pak Imam, jom masuk bilik.
Walidah suruh tidur." Layinnah menarik sedikit tangan Awal yang sudah
keliahatan mamai itu.
"Awal...jalanlah elok
elok..dah macam apa je Along tengok,"keluh kakak sulungnya itu...
Jam di dinding dikerlingnya. Sudah
masuk jam 10 malam. Kelibat orang yang dinantikan belum muncul muncul juga.
Sudah berapa kali Hanani menguap. Air kopi sudah 2 cawan dia habiskan, kononnya
untuk menghalang rasa mengantuk. Namun akhirnya, dia tewas. Tubuh saratnya
terbaring jua di atas sofa di ruang tamu itu.
Tatkala kaki melangkah masuk, mata
terus mencari cari. Sekujur tubuh yang terbaring longlai di dekatinya. Rasa
simpati bermain dihati. Kasihan isterinya. Kemudian dia menjenguk ke meja
makan. Sama seperti semalam, lauk pauk sudah terhidang, tapi tidak bersebtuh
kerana seisi rumah menantinya. Yang bezanya, semalam dia sempat menikmati ikan
patin gulai tempoyak bersama anak anak dan isterinya. Tapi malam ini, rendang
lembu dan sup sayur itu tidak akan dinikmati bersama sama. Bukan saja Nusaibah
yang sudah tidur, malah isterinya juga sudah terkulai layu.
"Sayang....jom masuk bilik.
Sakit badan tidur macam ni,"pipi Hanani ditepuk lembut. Terpisat pisat
mata Hanani melihat suaminya disisi. Ah sudah, dia tertidur tadi.
"Sayang minum kopi lagi?"
Soal Syammar. Hanani hanya mampu mengangguk lemah..
"Kan abang dah cakap...."
"Yang nak tunggu abang balik,
nak hilangkan rasa ngantuk,"Hanani memberitahu.
"Abang dah makan?" Syammar
mengangguk, serba salah. Tadi Haidar mengajaknya singgah makan sebelum pulang
kerumah.
"Kalau macam tu, Yang kemaskan
meja sekejap ya,"pinta Hanani.
"Sayang tak makan lag,kan?
Abang temankan ya?" Syammar mengajak.
"Yang tak lapar bang..tak
selera nak makan."Pintas Hanani. Entah kenapa hampir seminggu dia hilang
selera. Masak macam mana pun, dia tak lalu nak makan. Hanya minum air saja
sehari suntuk.
Tangan Syammar hinggap ke perut
Hanani. Diusapnya perlahan perut uyang sedang memboyot itu. Dia tak pasti
samada Hanani memang betul betul hilang selera makan atau sebaliknya.
"Sayang okay?" Hanani
cepat cepat mengangguk.
"Look here, if you're not
ready yet, kita boleh bawa berbincang dengan Syeikh Nasrul tu sayang.
"I'm fine, abang. Sayang
setuju sangat dengan perkara itu."Tukasnya lagi.
"Abang faham niat sayang but
in this condition of yours, abang rasa kita boleh tangguhkan."
Hanani menggeleng kepala. Wajah
letih suaminya di tatap hening. Dia sayang sangat lelaki yang sedang berada
dihadapannya.
"Pengorbanan sayang ni kecil
sangat abang, berbanding dengan semua jasa abang pada sayang,"bisiknya.
Syammar menarik Hanani dalam pelukan. Dia kelu untuk berkata-kata. Hanya
seminggu saja lagi...dalam seminggu lagi, kehidupan seisi keluarga ini akan
berubah 360 darjah. Tiba tiba dia rindu dengan ketiga tiga anak anaknya. Anak
anak hasil perkongsian hidup dengan Hanani.
Gubahan terakhir sudah pun siap.
Dia menelek lagi kelima lima gubahan yang dia siapkan bersama Layinnah tadi.
Puas hatinya kerana dapat menghasilkan sendiri gubahan gubahan itu walaupun
dalam keadaannya yang sarat. Dia gembira, sungguh!
"Cantikkan walidah. Kena pula
warna yang Walidah pilih ni. Kalau nanti waktu Ninah nikah, walidah buatkan
Ninah yang lebih cantik dari ini tau,"gurau anak sulungnya.
"Along Ninah ada hati nak kawin
ya?," usik Hanani.
"Tentulah mahu Walidah, sunnah
tu."
"Nak jadi isteri nombor berapa
nanti?" Berubah riak Layinnah dengan soalan Hanani. Dia beringsut sedikit
dari Hanani.
"Along, poligami pun sunnah
Rasul juga," Hanani mengingatkan anaknya itu. Layinnah hanya tersenyum
nipis.
"Along tak tolak poligami
Walidah, cuma Along tak pasti dengan apa yang Along rasakan sekarang."
"Doakan yang terbaik Along.
Doakan Walid. Walid bukan suka suka. Kita hidup dalam perjuangan. Ini salah
satu perkara yang kita perjuangkan. Seorang pejuang tak boleh memilih. Mana
boleh perjuangkan apa yang kita suka saja,kan?"
Tiba tiba Layinnah tertawa. Hanani
mengangkat kening, membawa maksud mahu tahu kenapa agaknya anak itu tertawa.
"Walidah dah jadi macam
Walid. Orang cakap sikit, Walidah buka kuliah!" Seloroh Layinnah. Dia
terus memeluk erat Walidahnya itu; tidak mahu Hanani melihat airmatanya yang
sudah berjaya melepasi empangan tubir mata.
"Tuhan, tolong kuatkan
Walidah...
Masing masing sudah bersiap.
Jubah biru firus dikenakan dengan shawl warna krim. Lembut mata memandang.
Hanani tersenyum melihat ketrampilannya di cermin.
"Mana Walid, dah siap ke
belum?" Awal bertanya. Dia memakai jubah dari tona yang sama berserta
songkok krim.
"Nanti semua orang dah
sampai, kita lambat pula Walidah," Nusaibah mencelah.
Dan ketika itu juga, Syammar
muncul di ruang tamu.
"Handsomenya Walid!!"
Jerit kedua dua mereka.
Syammar tersenyum, janggal.
Di pandang wajah Hanani yang tenang duduk di sofa.
"Abang dah siap?
Jom.."Ajaknya manja seperti selalu. Tangan suami digamit, dengan tenang,
dia membetulkan rida' yang terletak elok di atas bahu Syammar. Bahu ini bakal
memikul satu lagi tanggungjawab dan amanah Allah..Hanani tersenyum...
"Nanii, kuatkan jiwa ya. Ikat
hati dengan Rasulullah. Ingat Allah banyak banyak."
Pesanan ringkas di terima dari Ibu
Julaizah. Jarinya pantas menekan skrin telefon bimbitnya.
"Dari siapa Yang?" Soal
Syammar yang sedang memandu.
"Ibu Ju. Dia pesan suruh Yang
sabar, tabah, ingat Allah.."Balas Hanani. Syammar mengangguk tanda faham.
Masjid Al Mahdi sudah dipenuhi
dengan sahabat handai seperjuangan. Hanani memandang Syammar.
"Abang okay?"
"Ramainya
orang..."Terdengar komen Syammar dari dalam kereta. Layinnah dan adik
adiknya sudah beransur bergerak menuju kemasjid membawa barangan hantaran.
"Yang nak kena masuk ni
bang. Tadi Kak Idah mesej minta tengokkan tudung pengantin."Beritahu
Hanani. Syammar perasan isterinya itu asyik asyik mengusap perutnya. Sakit
mungkin..sesekali dia dapat melihat Hanani berkerut.
Setelah bersalaman dengan beberapa kenalan,
Hanani mendapatkan pengantin yang sedang didandan oleh ibu Jihah..
"Tahniah Nani.."
Ucap Ibu Jihah sewaktu Hanani menyalamnya.
"Doakan Nani kuat ya,
Nani nak dapat redha Tuhan,"bisik Hanani tenang, tapi penuh mengharap. Ibu
Jihah hanya mengangguk. Riuh rendah ruang itu dengan suara anak anak yayasan.
Sibuk sgt mereka, macamlah mereka pengantinya.
"Kenapa tak siap lagi
ni? Pergilah siap siap. Imam dah kat bawah tu.."Tegur Hanani..
"Alah Nani baru tengok
hari ni, akak tiap tiap hari nak melayan kerenah depa ni Nani. Dari tadi tak
siap siap mengalahkan pengantin!" Omel Kak Najah, warden asrama yayasan
itu. Hanani tergelak..terhibur dengan omelan sayang Kak Najah. Kak Najah tu
mengomel saja lebih, tapi sayangnya dia pada anak anak yayasan, melebihi dia
mengasihi dirinya sendiri...
Hanani memandang wajah
pengantin perempuan. Baru kali ini dia menatap wajah gadis itu. Selama ini
hanya dengar cerita. Tak pernah pula mereka berkenalan. Bukan saja Hanani,
bahkan Syammar pun sama, tak sempat nak tahu siapa calonnya.
"Ibu Jihah, mari Nani
pakaikan veilnya.." Hanani mengutarakan. Teragak2 Ibu Jihah menghulurkan
veil kepada Hanani. Dengan senyuman, Hanani menerima huluran Ibu Jihah.
"Dekat sikit dik, akak
ni da berat nak bergerak,"Hanani bersuara. Pengantin perempuan sekadar
menurut. Yang melihatn mungkin berasa janggal, tapi tidak pada Hanani. Tuhan,
Kau ikhlaskan lah hatiku....
"Veil ni senang je nak
pakai. Dia ikut cara barat sebenarnya. Tak merebeh rebeh dan bermanik. Simple
tapi elegant,"Nani menerangkan tanpa di soal. Dia memang berkenan sangat
dengan veil yang dipakai oleh sepupunya, maka dia pun tanpa segan, meminjam
veil sepupunya itu. Pantas jarinya menyepit veil pada sanggul pengantin.
Mutiara kepunyaannya kemudian di lilit di atas veil, sementara rantai
mutiaranya pula di pakaikan pada pengantin. Hanani rasa puas. Dia suka apa yang
dilihatnya. Hitam putih menjadi tema malam itu. Manakala tema anak anak yayasan
ialah biru laut dan putih..siapa pengantin ni? Anak anak yayasan lebih teruja
nampaknya!
Kawasan serba guna masjid kelihatan
meriah. Ramai pula sahabat seperjuangan yang hadir. Hanani mengerling pada
suaminya. Ya Allah Kau permudahkanlah dengan berkat NabiMu, nabi ruhku.
Layinnah awal awal sudah memilih untuk duduk dibahagian belakang. Nusaibah
tentulah dengan anak anak yayasan yang lain. Awal....awal macam biasa, tanpa
riak. Sibuk dengan handphone di tangan, tentunya main games lah tu. Hanani
menebarkan pandangan keseluruh ceruk dewan...Ya Allah Kau ikatlah hatiku dengan
taliMu Tuhan sesungguhnya aku tidak sekuat seperti yang mereka harapkan.
"Cik Nani, ibu Kinah suruh
duduk depan sebelah pengantin,"beritahu Zalilah sambil berbisik.
"Alahai Lilah, cik Nani dah
sarat benar nak gerak gerak ni," dia membalas. Bukan tak sudi, tapi
biarlah dia sekadar menjadi sebahagian tetamu yang menyaksikan. Limelite malam
ini bukan untuknya. Mendengar kata kata Hanani, Ibu Nora turut menyokong.
"Biarlah Cik Nani dengan kami
saja. Dah terboyot boyot nak gerak lagi ke depan. Boleh saja dengar dari
sini,"sokong Ibu Nora. Hanani tahu, bukan itu alasan sebenarnya. Dia yakin
kawan kawan juga tak mahu dia rebah di depan sana.
Akhirnya suasana riuh di dewan
menjadi tenang. Pengerusi majlis meminta anak anak yayasan memulakan majlis
dengan beberapa buah nasyid. Hati Hanani dipagar rasa sayu..perasaannya
bercampur baur. Ini perjuangannya. Ini kehidupannya sejak berpuluh tahun yang
lalu. Sejak dia kecil lagi, dia memilih untuk memilih jalan ini. Jalan yang
memperjuangkan Allah dan Rasul.
Suara kadhi memecah keheningan.
Hanani hanya mampu mendengar tapi tidak mampu mencerna. Matanya mencari
Layinnah..along, mana anak sulungnya?
"Aku nikahkan dikau wahai
Muhammad Syammar Baihaqi dengan Nur Maisarah Muhammad dengan mas kahwinnya
yaitu. Bacaan Al fatihah."
"Aku terima nikahnya yang
tersebut."
Hanani meraup muka.
Lega..bersykur kerana Tuhan mempermudahkan segalanya. Dia menatap pasangan
pengantin melaksanakan adat membatal wudhu. Tiba tiba Sy Habib
bersuara,"Mana pasangan madu? Mari kedepan kedua-duanya..biar suami beri
berkat." Hanani memandang sahabat sahabat. Aduh...ada ada saja Syeikh
Habib ni..tak pasal pasal Hanani juga terseret ke dalam kerdipan flash camera
yang tidak henti henti.
"Cik Nani, along Nenah tadi
nangis,"bisik Bobo..Hanani memandang wajah anak yayasan itu meminta
kepastian. Baroqah mengangguk angguk...
Pantas Hanani memandang ke nelakang
dewan. Melihat Along Layinnah mengelap airmata, dia menjadi hiba. Anak sulung
hasil perkahwinannya dengan Syammar itu sedang bersedih. Along memang manja
dengan Walidnya. Kalau berjalan, tangan Walidnya tak segan untuk dia pimpin.
Bergayut disisi Walid itu memang menjadi habit Along Layinnah..
"Kenapa menangis? Walidah tak
nangis,kan? Kena bersyukur kerana Tuhan pilih keluarga kita untuk
memperjuangkan apa yang Rasulullah perjuangkan,"dia sempat menitip pesan.
Layinnah hanya tersenyum.
"Along Ninah hiba je, cik
Nani,"beritahu salah seorang anak yayasan. "Along Ninah dah masuk
kelab kami. Anak anak poligami, tapi bezanya, ayah kami dah tak ada. Kami cuma
ada mak mak saja." Seorang lagi anak yayasan mencelah.. Mereka tenang,
tabah dan matang. Hanani suka anak-anaknya bercampur dengan anak anak yayasan.
Akhirnya majlis bersurai menjamu
selera. Barulah tenang sedikit dewan serbaguna itu. Hanani sempat memandang
wajah suaminya. Mata mereka bertaut. Hanani tersenyum kemudian melarikan
pandangan, pura pura sibuk bersimbang dengan kawan kawan yang hadir.
Terima kasih Tuhan atas nikmat yang
Kau berikan selama ini. Nikmat kasih sayang yang melimpah ruah, yang kini bakal
ku alirkan kepada insan lain yang bergelar maduku.
Terima Kasih wahai Rasulullah,
Pemimpin Agung. Walau aku tidak dapat hidup dizaman hayatmu, aku bersyukur
kerana setelah lebih dari 1400 tahun pemergianmu, aku masih dapat menjalani
kehidupan seperti yang engkau lagangkan wahai Tuan. Engkau telah memilih kami
dari berjuta ummatmu yang lain untuk memperjuangkan sunnahmu.
Terima Kasih wahai mursyidku.,
kerana sabar mendidik aku.
Terima kasih wahai suamiku, kerana
memberi aku kesempatan untuk merebut syurga melalui dirimu.
Terima kasih wahai maduku, kerana sudi
menerima aku sebagai kakakmu..
Terima kasih wahai anak-anakku,
kerana kalian sama sama mahu memperjuangkan Nabimu.....
Akhir kalam..Selamat pengantin baru
wahai Imamku....
10 march 2013
Kandunganku cukup mencapai
usia 28 minggu.
Kau usap perut yang membawa
zuriatmu ini..
Ini abi, kenalilah wahai
Putra,ini suara abimu.
10 march 2013
Kau segak berjubah dan
berkopiah putih.
Jubah yang sama kau kenakan
hampir 17 tahun yang lalu..
Kenangan lalu menggamit
rindu.
17 tahun yang lalu, bersaksikan
2 ahli keluarga, kita disatukan.
Aku masih ingat suasana
ketika itu. Dengan adik adik sepupuku yg masih kecil, amat meriah sekali detik
manis itu..
10 mac 2013.
Bersaksikan dua orang
sahabat, sekali lagi kau melafazkan akad. Dan kali ini, bukan aku pengantinnya.
Bukan aku yang duduk di alas
itu
Bukan aku yang kau sarungkan
cincin itu.
Aku adalah sebahagian dari
hadirin yang hadir.
Aku adalah antara hadirin
yang sama sama mengucapkan syukur tatkala saksi saksi mengatakan Sah...
Dan kali ini, aku saksikan
airmata suci yang mengalir dari tubir mata anakmu.
"Kakak, sesungguhnya
poligami itu indah"
Itu yang aku sering titip
padanya.
"Kakak terharu...hanya
itu" anak gadismu sudah memahami perasaan seorang wanita.
Sudah dewasa anak gadis mu
itu wahai imamku.
10 mac 2013
Kehidupan kita berubah
Tangunggjawabmu bertambah
Aku sdg belajar untuk
memahami setiap denyutan nadimu.
Kerana aku yakin wahai
Imamku, kau tak akan sesiakan kami isteri isterimu.
Sesungguhnya aku bersyukur
kerana suamiku, adalah lelaki yang berani menongkah kontroversi yang di dalangi
Yahudi. Namun itu berlaku atas keajaiban mursyidku..
10 mac 2013
Adalah persatuan bukan
sekadar dua jiwa tetapi satu institusi keluarga.
Kasih sayang itu tidak pula
aku rasa terbelah bahagi
Tetapi bertambah.
Kini ada lagi satu hati yang
boleh aku sayangi, dan aku pula di sayangi...
bukankah itu satu rahmat?
Kekalkanlah kami dlm rahmatMu
ini ya Allah
Semoga dengan rahmat dan
karamah kerajaan ajaibmu
Kami semua dapat melepasi
ujian ini...
Selamat pengantin baru wahai
Imamku....
Monday, 6 January 2014
KonstantinopLe
hmm....setelah hampir 2 bulan aku menahan diri dari menulis..hari ini aku dapat peluang melepaskan rindu kat blog sendiri..hhuhuhuu..aku seakan akan kembali bernyawa bila melangkah masuk kedalam rumah tamu turki ini..bukannye jasad aku yang mati..tapi roh yang tenat!! Namun atas dasar kasih sayang Tuhan yang Maha Baik telah menemukan aku dengan doktor yang pakar dalam mengubati penyakit seperti yang aku hidapi ini..Terima Kasih Tuhan!!
Kini aku masih lagi bergelar sebagai seorang musafir kelana..ramai yang tanya pade aku..hai,tak nak balik dah ke..ataupun,dah lupa negara sendiri?! lebih kurang macam tu lah ayatnye..bohonglah kalau aku katakan yang aku tak rindu negara sendiri..namun untuk pulang ketanah air itu belum lagi aku rasakan..melihatkan kegagahan,keunikan dan kecantikan negara Turki ini membuatkan aku semakin sayang hendak meninggalkannya.Negara yang mempunyai orang yang baik baik belaka.hasil dari keturunan yang baik.Negara yang pernah melakarkan sejarah yang begitu agung.kehebatan seorang pemimpin,ketaatan yang luar biasa tentera dan rakyatnya.Dan berlakunya itu adalah dikeranakan oleh sebuah Hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda memecahkan batu bata dalam perang Khandak bahawasanya Kota Konstantinople ini akan ditawan oleh seorang Raja yang sebaik baik Raja,Tentera yang sebaik baik terntera dan rakyat yang sebaik baik rakyat.Dan bermula dari itu berlumba lumbalah Para Sahabat menagih khabar berita dari Tuhan itu.Namun usaha mereka menemui kegagalan demi kegagalan sehinggalah 600 tahun selepas itu.Dan Kota Kostantinople berjaya ditawan oleh Sultan Mohd AlFateh.Berlakulah janji yang Tuhan khabarkan melalui lidah Nabinya.
Kalau aku nak ceritakan sejarah penakhlukan kota ini memang panjang..tak larat eden nak menulisnya..jadi aku syorkan kat korang tak yah susah2 korang bukak jer link ni,Blog Matahati..insyaallah lagi padat dan memuaskan hati korang sumer.. http://matahati313.blogspot.com/2013/12/sultan-muhammad-ra-conqueror.html
Kagumnye aku melihatkan semangat juang mereka ini..sanggup menggadaikan nyawa asal tertegaknya Islam yang berdaulat.Wahhhhhh...jauhnye beza dengan diri aku ni..hmmmmmm.Moga dengan berkat bumi yang menempatkan Saidina Abu Ayyub Al Ansari ini dan Sultan Mohd Al Fateh dapatlah menjadikan aku sebagai seorang pejuang yang sejati..aminnn!
Tuesday, 29 October 2013
KeLuarGe AngKatQ..
Salam semue..Aku doakan korang sentiaselah ye dalam keadaan yang sihat sejahtera..kalau ade yang tak berape nak sihat tu,sabar sikit..insyaallah sakit tu akan menjadi penghapusan dosa buat korang..amin..
Post kali ni aku nak ceritakan tentang keluarge angkat aku di Frankfurt ni..Namanya Zahrah..warganegara jerman..orangnya baik sangat..lagi bestnye Zahrah ni dah lame hidup berpoligami..madunye jugak org jerman,namanya Iman..mereka masing2 ade sejarah atau cerita macam mane boleh berminat menukar agama asalnya kepada agama Islam..Hidayah tu kan milik Tuhan...Khusyuk betul bila mendengar cerita mereka..dengan rintangan dari ahli keluarge sendri..sedihkan,ade ahli keluarge sendri yang masih kafir..(sub..sub..isk.)
Zahrah sekeluarga rajin melayan kami....bawa kami jalan2..makan2..dah anggap mcm keluarge sendiri pulak..lepaslah rindu pada keluarge sendiri kat malaysia nun...hehe....
emmm....sedih pulak nak berpisah...huhu...tapi dah adat org berjuang kan...insyaalah ade mase nanti kita jumpa lagi! amennn.....jumpa mak mentue! kuangkuangkuang...
Sunday, 20 October 2013
Aku diLeMa..
hmm..aku baru sahaja selesai program skype bersama Tuan Nasir dalam Rangkaian Eropah..Waahh..teruje sungguh bila mendengarkan berita berita di sampaikan dari mereka..(Turki,Paris,London,Manchester dan Frankfurt) Benarlah kata Rasulullah bahawa Islam pasti menang..secara tak langsung ianya membakar semangat aku yang kian mengendur ini..Ya Allah,bila terkenangkan balik zaman Rasulullah dan Para sahabat dahulu,mereka sanggup bermati matian untuk Islam..kerana jasa mereka mereka itulah Islam itu sampai kepada aku hari ini..Malu sungguh bila mengenangkan balik perangai aku yang lemah berjuang ni..huhuuhuuhuu
Berbalik kepada title post aku kali ni..aku dilema,hmmm....separuh hati nak balik Malaysia..Uwarghhh....separuh hati lagi nak sambung musafir sebagai seorang kelana...Istanbul aku datang!!....ape ape pon..aku kene tunggu hujung bulan ni...apa keputusannye..Ya Allah!! bantulah aku.....!
Berbalik kepada title post aku kali ni..aku dilema,hmmm....separuh hati nak balik Malaysia..Uwarghhh....separuh hati lagi nak sambung musafir sebagai seorang kelana...Istanbul aku datang!!....ape ape pon..aku kene tunggu hujung bulan ni...apa keputusannye..Ya Allah!! bantulah aku.....!
Friday, 18 October 2013
XPDC @Frankfurt
Hari ini terasa sungguh sejuk berbanding biasa..suhu 7c..ditambah dengan hujan yang kerap turun sejak 2 hari ini..bertambah tambah lah sejuk dibuatnya..huhu.Bila dah sejuk begini makanye berlapis lapislah baju yang dipakai..kuranglah sedikit sejuknye.Bulan ni merupakan bulan yang terakhir untuk aku berada di Frankfurt ini..hujung bulan ni genaplah 3 bulan aku dieropah ni..Selepas itu aku tidak tahu kemana aku akan berada,mungkin akan menyambung berkelana kenegara yang lain atau pulang ketanah air yang cukup aku rindukan.....hmm..aku tiada topik pon sebenarnya nak dikongsikan..dah lame hilang mood menaip..sO aku just nak share gambar aku yang terbaru..kitorang pergi xpdc dibandar tertua di Frankfurt...
Thursday, 12 September 2013
BuaT TeManKu AtiQah..
Salam semua..hari ni 12hb September..hari yang aku paling teruje,sedih,gembira dan macam2 lagi perasaan yg ade dalam hati aku ni..mane taknye member kamceng aku Atiqah Zainuddin selamat diijabkabulkan dengan pasangannye Tuan Azri..Tahniah! tapi sedihnye kami tak ade..huawawa..aku hanya dapat melihat dia menikah melalui live streaming..mekasih banyak buat saudare Afdhol yang susah payah menyetupkan live stream tuu..(selambe je aku memelayukan bahase inggeris)...
Rasa macam nak nangis je..dah lah suasana di Frankfurt di waktu akad nikah tu dijalankan hujan turun dengan lebatnyer..memang betul2 tradis..alahai hati...Buat temanku Atiqah Selamat pengantin baru ye..moge dapat menjadi serikandi dan bidadari buat Suamimu...insyaallah doa akan sentiase aku panjatkan buat dikau..cehh..sastera sungguh! hadiah kau aku bagi bile jumpe kat Malaysia nanti ye.....heehehe
Rasa macam nak nangis je..dah lah suasana di Frankfurt di waktu akad nikah tu dijalankan hujan turun dengan lebatnyer..memang betul2 tradis..alahai hati...Buat temanku Atiqah Selamat pengantin baru ye..moge dapat menjadi serikandi dan bidadari buat Suamimu...insyaallah doa akan sentiase aku panjatkan buat dikau..cehh..sastera sungguh! hadiah kau aku bagi bile jumpe kat Malaysia nanti ye.....heehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)